October 8th, 2018

Masih hangat lagi mengenai kemelut mengenai rantai berlian palsu, seperti yang anda semua tahu penyanyi Aishah minggu lalu menuntut agar Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari selain mahu pihak jutawan kosmetik itu menyelesaikan dan bertanggungjawab terhadap hadiah yang diberikan.

Menjawab segala dakwaan Aishah, DSV berkata beliau sebagai penaja program tidak pernah igin membuli artis untuk kepetingan diri sendiri sebaliknya program Gegar Vaganza diadakan dengan tujuan ingin menaikkan semula nama artis yang ‘sendu’.

Sebenarnya Aishah silap, saya menaja itu satu platform tapi nawaitu saya buat program ini dengan Michael Ang adalah untuk mengangkat artis yang sendu supaya mereka boleh cari makan balik. Sekarang semua artis GV meletup-letup, sedangkan kalau artis nak naik ini memang susah, kena marketing tapi mereka dah dapat red karpet.

Daripada tak ada show buat show. Motif kita mahu menaikkan artis bukan membuli artis. Jadi jangan ingat program ini hanya sekadar hiburan semata-mata, tidak ya. Di mana Aisyah sebelum GV? Dia pula banyak kali buat salah tapi kita terima dia, tak ada nak keluarkan dia semua. Adakah dia anggap itu buli? Apa motif saya berbuat demikian sedangkan saya sebenarnya mahu bantu naikkan dia.

Ditanya mengenai tuntutan yang dikemukan oleh Aishah, DSV berkata segalanya akan terjawab menerusi satu sidang media khas yang bakal beliau adakan pada hari Selasa ini.

DSV bagaimanapun tetap mempertahankan bahawa hadiah rantai berlian itu bukanlah palsu seperti yang didakwa.

Sumber Berita : mStar Online


67 responses to “Dimana Aishah Sebelum GV? Saya Bantu Naikkan Artis ‘Sendu’ – Datuk Seri Vida”

  1. Benci org berlagak says:

    Kekayaan dan kesenangan tu satu ujian, DSV macam nak fail je…

  2. Anonymous says:

    bongkak dan takbur betul dsv ni..aishah tu tahap legend tau..biasa la bila da ramai artis baru lps tu kawin dgn org biasa..mmg la hilang mcm tu je..kalau die kawin dgn dato’ ke tan sri ke ada gak la laki bagi duit melabur tuk buat bisnes..boleh la kekalkan populariti dlm GV..citer skrg ni org tu minta ko minta maaf je tp ko punya belagak tak nak minta maaf sbb rugi 1juta…gila duit btul. sebab tu je..klu ko minta maaf dan jaga mulut kita pn x amik hati sgt..

  3. simple je says:

    sebenarnya,simple je..dsv cuma perlu minta maaf dan tukarkan sahaja barang kemas tersebut. Jika beliau buat awal-awal lagi, customer masih boleh terima dan dia tak perlu rugi banyak dalam bisnes. Adatlah, jika berjanji, kenalah turuti… Bila dan jadi macam ni, aku tak salahkan Aisyah..sebab itu adalah haknya… susah sangat ke nak minta maaf jika ada kelalaian di situ… Jangan terlalu keras hati,nanti makan diri.

  4. pakatanbawang says:

    aishah tu bukan sendu..dlu dia join pembangkang..so faham2 je la..

  5. Anonymous says:

    masha allah..riak nya tuan badan bila bercakap..jgn lupa dsv, dunia dgn nasib mcm roda berputar..kejap awk ada kat atas, jangan esok ada dibwh baru nak sedar..tak susah pun nak minta maaf..

Loading...