Dimaki Oleh Azwan Ali, Nabil Ahmad Tenang Mohon Maaf

Hiburan

Dimaki Oleh Azwan Ali, Nabil Ahmad Tenang Mohon Maaf

Amboi, amboi, amboi. Lancang juga mulut Azwan Ali yang kecewa apabila tidak ditegur oleh Nabil Ahmad di lapangan terbang. Habis dimaki hamunnya pelawak tersebut menerusi akaun Twitter. Memang tidak sesuai ayat yang digunakan, lebih-lebih lagi apabila Azwan Ali baru pulang daripada menunaikan umrah. Seharusnya adalah sedikit perubahan apabila pulang beribadah dari rumah Allah. Ini nampak macam lagi teruk adalah.

azwan ali nabil ahmad

Advertisement

Namun Abang Nara respek dengan sikap Nabil Ahmad yang tetap tenang dan mengambil tindakan untuk memohon maaf walaupun ia bukanlah kesalahan yang disengajakan. Nabil terus menulis ayat permohonan maaf di Twitter dan enggan memanjangkan cerita. Respek!!!

azwan ali nabil ahmad

Pastinya Azwan Ali termangu dengan sikap merendah diri Nabil Ahmad ini. Apa pun tak salah untuk kita memohon maaf lebih-lebih lagi selaku yang lebih muda. Yang pastinya, Nabil memaklumkan tidak perasan akan kehadiran Azwan Ali sama ada di Jeddah atau di KLIA. Kata Nabil:-

Saya sebenarnya tidak nampak kelibat dia pun di Jeddah sampai ke KLIA. Jadi, bagaimana saya hendak menegur beliau kerana saya tak nampak pun dia (Azwan). Tak pernah lagi saya tak menegur orang kalau sudah nampak depan mata. Saya malas nak melayan isu ini dan kalau boleh hendak menjauhkan diri daripada perkara negatif.

Lagipun saya baru pulang dari rumah Allah, malaslah hendak bergaduh. Oleh itu, saya memilih untuk memohon maaf di Twitter. Saya rasa tindakan itu paling tepat untuk dilakukan oleh saudara Islam kepada saudara Islam.

azwan ali nabil ahmad

10 markah untuk Nabil Ahmad dan negatif 1000 markah untuk Azwan Ali. Tahniah kepada Nabil kerana tenang dan tidak memanjangkan cerita. Bak kata sesetengah komentar, kalau dilayan Azwan Ali ini, sampai ke raya tahun depan tak habis-habis. Hehehe. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...