Diliwat & Dipaksa Meliwat, Dibakar Tangan, Cabut Rumput & Macam-Macam Lagi! Penderaan Di Rumah Kebajikan Naungan Syarikat GISB Terbongkar

Trending

Diliwat & Dipaksa Meliwat, Dibakar Tangan, Cabut Rumput & Macam-Macam Lagi! Penderaan Di Rumah Kebajikan Naungan Syarikat GISB Terbongkar

Empat laporan polis dibuat oleh ahli keluarga penghuni rumah kebajikan yang bernaung di bawah sebuah syarikat berkaitan produk Islam terkenal Global Ikhwan Sdn. Bhd. (GISB), selepas menjadi mangsa penderaan kejam.

Pelbagai penderaan fizikal dilakukan sejak lebih 10 tahun yang lalu membabitkan penghuni dan akhirnya terbongkar selepas seorang penjaga berusia 19 tahun ditahan pihak polis pada Rabu lepas.

Advertisement

Laporan polis dibuat itu antaranya mendakwa salah seorang kanak-kanak lelaki menjadi mangsa liwat sejak berusia 7 tahun dan kini sudah berusia 15 tahun oleh beberapa penjaga.

Malah, lebih teruk mangsa yang sebelum ini menjadi mangsa liwat kemudian turut dipaksa meliwat beberapa rakannya yang lain.

kanak kanak didera

 

Kena sawan, tak diberi rawatan

Sumber tersebut turut berkata salah seorang mangsa iaitu kanak-kanak OKU mengalami sawan namun tidak diberikan rawatan sepatutnya sehingga pernah dimasukkan ke ICU sebuah hospital.

Pemeriksaan juga mendapati empat kanak-kanak mengalami kesan parut di lengan kesan daripada sudu panas yang dicucuh oleh suspek ketika dibawa menerima rawatan di hospital di Seremban.

Penubuhan rumah kebajikan dinaungi syarikat terbabit dilihat melanggar hak asasi manusia apabila kanak-kanak didakwa anak yatim namun sebenarnya dipercayai anak ahli mereka sendiri diekploitasi.

wad ICU

 

Dipantau polis

Berikut antara bentuk penderaan dilakukan rumah kebajikan tersebut seperti diceritakan sumber:

  • Tangan dibakar, disuruh mencabut rumput sehingga penuh plastik hitam
  • Kanak-kanak lelaki diliwat dan kemudian dipaksa meliwat rakan mereka
  • Anak-anak dipisahkan daripada ibu bapa, hanya dibenarkan berjumpa dua kali seminggu
  • Pasangan suami isteri perlu ikut jadual ditetapkan jika ingin bersama
  • Mereka yang ingin berkahwin tidak boleh pilih, pasangan ditetapkan oleh pengurusan tertinggi syarikat
  • Selepas berkahwin, tidak dibenarkan tinggal bersama dan diasingkan

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata Cawangan Khas (SB) Bukit Aman kini sedang memantau syarikat GISB itu mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 susulan empat laporan polis yang diterima berkaitan eksploitasi kanak-kanak.

timbalan ketua polis negara, ayob khan

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kanak kanak 8 tahun maut didera
4 months ago

Dera Anak Usia 8 Tahun Hingga Maut, Pasangan Suami Isteri Ditahan Reman Di Rawang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...