Dilihat Semakin Sopan Dalam Berpakaian, Tasha Shilla Akui Mahu Berubah

Hiburan

Dilihat Semakin Sopan Dalam Berpakaian, Tasha Shilla Akui Mahu Berubah

Meskipun dikenali dengan imej seksi sebelum ini, namun pelakon Tasha Shilla kini dilihat makin sopan dalam imej terbarunya selepas mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Atiq pada Februari lalu.

tasha shilla seksi

Advertisement

Menurut Tasha, sebagai seoarang insan bergelar manusia, dirinya sentiasa mahu cuba menjadi yang lebih baik hari demi hari.

Katanya, suami langsung tidak pernah meletakkan apap-apa syarat dalam soal berpakaian. Hal ini kerana, Tasha dianggap cukup matang untuk membuat keputusan sendiri dalam menjaga imej dirinya sebagai seorang isteri.

Tambah Tasha, kehidupannya kini juga bagai berubah selepas bergelar isteri. Ujar Tasha, beliau mengaku perjalanan hidupnya menjadi lebih bermakna dan bahagia kerana suaminya banyak berkongsi cerita dan melakukan aktiviti bersama malah tidak lekang melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Syukur Alhamdulillah, lepas kahwin saya rasa lebih bahgia berada di samping suami.”

Bagaimanapun, apabila disoal tentang kehadiran cahaya mata, Tasha meletakkan perkara itu pada perancangan AllahSWT sama seperti jodohnya dengan suami.

Meskipun sudah bersedia bergelar ibu bapa, dirinya tetap berharap peminat dapat mendoakan supaya beliau dan pasangan dikurniakan anak secepat yang mungkin.

tasha shila seksi

“Semua ini Allah dah tentukam. Kaau ikutkan saya dan suami InsyaAllah kami sedia untuk menjadi ibu bapa di masa akan datang.”

Terdahulu, Tasha dan suami selamat mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020 dalam satu majlis sederhana yang diadakan di ibu kota.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...