Dilihat Kembali Berhijab, Nina Iskandar Terima Pujian Netizen

Hiburan

Dilihat Kembali Berhijab, Nina Iskandar Terima Pujian Netizen

Pelakon jelita Nina Iskandar kini dilihat seakan tampil kembali dengan imej bertudung selepas sering memuat naik gambar dirinya mengenakan hijab di laman Instagram miliknya.

Advertisement

Pelakon kelahiran Brunei itu khabarnya sudah mula mengenakan imej bertudung itu sekitar beberapa hari lalu.

Malah, menerusi posting terbaru di laman berkenaan juga, Nina dilihat bertudung dan mengenakan jubah hitam.

Rentetan itu, rata-rata pengikutnya seakan teruja dan bertindak menzahirkan rasa terharu dan teruja dengan pendedahan itu, malah mereka juga tidak ketinggalan memuji kejelitaannya menutup aurat dengan sempurna dan menitip doa agar dirinya terus istiqamah dalam memperbaiki amalan selepas ini.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum temui kata putus daripada Nina sendiri mengenai imej terbaharunya. Hal ini kerana Nina masih belum belum mengesahkan sama ada beliau sudah kembali berhijab atau sebaliknya kerana pelakon itu hanya mendiamkan diri tanpa membalas komen-komen berkenaan.

Terdahulu, selain Emma Maembong dan Uqasha Senrose, Nina juga pernah menggemparkan industri hiburan tanah air apabila beliau yang sebelum ini pernagh berhijab dan mengenakan imej tersebut hampir setahun kembali buka tudung.

Untuk rekod, Nina merupakan isteri kepada penolong pengarah Azlan Adznan dan mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini menjengah usia 10 bulan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...