September 20th, 2020

Beberapa hari lalu, terdapat dakwaan kononnya pelakon Puteri Sarah telah muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada hari Jumaat yang lalu bersama ibu mertuanya, Datin Fatimah Ismail.

Lalu, timbul pula spekulasi dalam kalangan netizen bahawa hubungan suami isteri antara Puteri Liyana dan Shamsul Yusof sedang berantakan.

Dia yang dilihat hadir ke pejabat berkenaan telah dilihat memakai jubah serta bertudung hitam dan memasuki ruangan bahagian undang-undang keluarga.

View this post on Instagram

?

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on

Dihubungi media, Puteri Sarah dilaporkan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. Dalam pada itu, meninjau ruangan sosial Instagram, pelakon cantik ini juga dikhabarkan telah tidak mengikuti Instagram suaminya itu. Namun, Syamsul masih mengikuti akaun Instagram Puteri Sarah.

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini juga berkongsi kata-kata semangat di laman Instagram Story seolah-olah memberi ‘hint’ bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam rumah tangga yang dibina.

View this post on Instagram

Today kami memang betul2 beraya ? masing2 tak pegang phone sgt lagi2 nak melayan Syaikhul & Sumayyah tu. Hence, baru now i can upload our Raya pictures! Stay tuned to banjirkan ur timeline guys ?? . . So here we go ! Our Raya family picture for 2020 ? . . Selamat hari raya maaf zahir batin from Shamsul’s family ? #teambiru?

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on

Mengimbas kembali, pelakon drama Cinta Antara Kita ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam,3, dan Sumayyah yang kini berusia satu tahun.

Sumber: mStar Online


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...