Ramai yang memanjatkan rasa syukur apabila Zarina Anjoulie mengumumkan bahawa dia sudah rujuk semula dengan Eilyas Azhar kelmarin.
Ingin tahu sebab perubahan hati masing-masing, Zarina atau Anju menjelaskan bahawa dia dan Eilyas dapat berbincang dengan baik selepas mengetepikan ego masing-masing.
Tidak betah berputus asa dengan perkahwinan mereka secara senang sahaja, Anju menyatakan bahawa mereka akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi rumah tangga tersebut.
“Tapi selepas berkira dan berbincang, kami berdua rasa macam tak nak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senang kan.”
Malah Anju mengakui bahawa mereka kini sedang dalam usaha untuk mendalami ilmu agama untuk kebaikan pada masa hadapan.
Advertisement“Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik. Terutama dari segi agama… nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak.”
Dalam pada itu, selebriti wanita itu turut meminta semua orang mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.
Menjengah ke laman Instagram Anju, dapat dilihat bahawa dia dan Eilyas menghadirkan diri ke Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan Darul Khusus. Berkemungkinan besar ia adalah untuk urusan rujuk pasangan itu.
View this post on Instagram
Apa pun, semoga Anju dan Yas dapat menjalani kehidupan yang bahagia selepas ini.
SUMBER : mStar Online
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.2 Comments
Tinggalkan Komen Anda Di Sini
Loading...
brunes
March 4, 2021 at 10:45 am
jijiks minah lapar propa ni
Bubu
March 4, 2021 at 8:43 am
Alhamdulilah.. Allah suka