Terkejut juga apabila melihat beberapa keping gambar Hanez Suraya dan Romie bersama. Bukan apa, sebelum ini Hanez telah memaklumkan yang hubungannya dengan bekas suami Liyana Manan itu telah berakhir. Tiada lagi percintaan antara mereka. Tambah mengejutkan apabila ada desas-desus yang menyatakan Hanez dan Romie bakal bertunang Sabtu ini. Hmmmmmm. Biar betul?
Tahun 2015 baru berusia 2 hari dan nampaknya nama Hanez Suraya kembali hangat dengan kontroversi. Kebenaran mengenai desas-desus pertunangan mereka hanya boleh disahkan Sabtu ini apabila Hanez yang dihubungi oleh pihak media enggan memberikan sebarang komen. Kalau Sabtu ini ada gambar yang tersebar, maka sahlah hubungan Hanez dan Romie belum berakhir sebaliknya maju ke fasa berikutnya.
Sekurang-kurangnya permulaan tahun 2015 adalah baik untuk Hanez kerana bakal bergelar tunang orang. Tahniah diucapkan. Semoga berbahagia sehingga ke hari perkahwinan. Sumber RotiKaya dan Forum Cari.