Dilayan Seperti Sampah, Noor Khiriah Tinggalkan Dunia Seni

Hiburan

Dilayan Seperti Sampah, Noor Khiriah Tinggalkan Dunia Seni

Noor Khiriah adalah seorang pelakon senior yang cukup terkenal dengan kehebatan lakonannya. Sudah pun berkecimpung selama 20 tahun dalam dunia lakonan, kali ini Noor Khiriah nekad untuk meninggalkan dunia seni selepas dilayan seperti sampah oleh pihak produksi. Kekecewaan Noor Khiriah berpunca apabila sering dipermainkan syarikat produksi yang sering memungkiri janji apabila sudah bersetuju mengambilnya berlakon. Abang Nara rasa ini mesti sekejap jadi diambil berlakon, sekejap tak jadi. Kalau Abang Nara pun confirm bengang diperlakukan sebegini.

khiriah

Advertisement

Kata Noor Khiriah:-

Bukan satu perkara yang mudah sebenarnya untuk saya melepaskan benda yang saya suka buat hampir 20 tahun, tetapi saya sudah tidak larat. Kesabaran setiap manusia itu ada hadnya dan selepas berfikir panjang saya nekad selain yakin rezeki saya dalam bidang lakonan setakat ini sahaja. Keputusan ini juga petunjuk daripada Allah dan Insya-Allah akan ada rezeki lain untuk saya.

Saya sedar diri saya sudah ‘suam-suam kuku’ dan sekarang produksi dan stesen televisyen lebih mementingkan populariti untuk menghiasi drama terbitan mereka. Tetapi jangan salah faham, saya tiada masalah dengan pilihan mereka cuma sebagai orang lama saya sedih kerana sering dianggap macam sampah.

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku kerana saya banyak bertolak ansur dan bersabar sepanjang 20 tahun penglibatan saya dalam industri seni, cukuplah. Ia keputusan terbaik buat diri saya selebihnya buat masa ini saya tidak mahu ulas panjang

khiriah

Hmmmm. Memang dunia lakonan sekarang dipenuhi dengan wajah-wajah baru yang lakonan tak seberapa tetapi ada pakej dari segi wajah. Pelakon otai seperti Noor Khiriah memang jarang dipandang. Kalau dapat watak pun, sekadar sampingan semata-mata. Namun sekurang-kurangnya pihak produksi haruslah memberi layanan yang adil. Janganlah diperlakukan sebegini rupa. Kesian pelakon-pelakon lama seperti Noor Khiriah. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...