Dilawati Saudara Mara Yang Tak Sihat, Baby Berusia 20 Hari Demam Panas 39’C

Trending

Dilawati Saudara Mara Yang Tak Sihat, Baby Berusia 20 Hari Demam Panas 39’C

Hai ibu-ibu, saya nak kongsi satu perkara yang kita harus ambil berat.

Advertisement

Saya baru melahirkan baby perempuan pada Disember 2016. Syukur sangat-sangat dikurniakan anak. Semasa saya berpantang, memang ramai sangat saudara mara dan kawan-kawan yang datang melawat baby. Ya, mereka teruja nak jumpa/tengok baby. Takkan saya nak halang pula, kan?

Tetapi saya perasan seorang saudara mara saya tidak berapa sihat datang melawat. Masa itu saya tak kisah sangat sebab tak pernah fikir apa-apa.

Sehinggalah baby saya berusia 20 hari. Tiba-tiba badan baby panas. Saya ingatkan panas biasa, tetapi panas sampai ke malam dan tak surut.

Saya periksa suhu badannya menggunakan termometer, nasib baiklah memang ada standby alat itu di rumah. Suhu badannya 39’C. Melompat dan menjerit saya panggil suami dan maklumkan anak demam pada suhu yang tinggi. Kami terus bawa anak pergi ke hospital.

Pada mulanya saya fikir mungkin doktor hanya beri ubat dan boleh balik untuk dipantau di rumah. Sampai di hospital, doktor periksa dan sahkan suhu badan baby kami memang tinggi. Terus dimasukkan ke wad tanpa diambil darahnya.

Doktor kata, perlu dimasukkan ke wad sebab baby baru lahir. Jarang baby baru lahir demam. Doktor juga nak periksa apa punca baby demam. Alahai, sudahlah saya dalam tempoh berpantang, baby pula kena admit. Redha sajalah demi kesihatan baby.

Hari pertama, jururawat ambil darah anak saya dan masukkan tiub untuk on antibiotik. Baby kena x-ray dan macam-macam lagi yang mereka buat untuk mengetahui punca baby demam. Kasihan tengok baby kena ambil darah setiap hari.

Setelah keputusan didapati, doktor maklumkan anak saya terkena jangkitan kuman di paru-paru dan ada sejenis kuman lagi yang mereka perlu selidik. Terduduk saya bila mendengar penjelasan doktor.

Bayangkanlah baby yang masih kecil tetapi dah melalui pelbagai dugaan seperti ini.

Macam-macam doktor jelaskan dan soal siasat saya seperti polis. Nah, doktor kata virus yang anak saya dapat berpunca dari orang lain.

“Ada tak orang yang tak sihat datang melawat baby?” soal doktor.

Terus saya teringat pada saudara saya tempoh hari yang datang melawat baby, dia memang tidak sihat pada hari itu. Ya Allah, dugaan apa ini?

Sepanjang tempoh saya menjaga anak di hospital, macam-macam mereka buat pada baby. Tetapi saya redha dan tidak merungut pada jururawat atau doktor. Saya tahu itu tugas mereka untuk memastikan anak saya sihat.

Dua minggu saya berkampung di hospital sampai demam dan anak saya sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah, anak saya sihat dalam tempoh dua minggu tetapi masih perlu mendapatkan pemeriksaan susulan setiap minggu bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang lain pada anak.

Saya nak tekankan di sini, kalau boleh elakkan terima tetamu semasa berpantang. Ya, saya faham ianya sukar dielakkan dan takkan nak halau atau halang mereka datang melawat?

Tapi saya nak cakap kalau rasa diri itu tak sihat, tolong sangat-sangat jangan datang melawat baby yang baru lahir atau cium-cium baby.

Awak tahu tak, yang menanggung seksa azab sakit itu adalah baby yang baru lahir, yang baru nak kenal dunia.

Jangan disebabkan awak, baby yang kena tanggung. Jangan pentingkan diri sendiri dan jangan terlalu teruja nak berjumpa dengan baby baru lahir.

Sumber : Info Ibu Hamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...