Dilawati Rakyat Tempatan Setiap Tahun, Hatyai Dah Jadi ‘Little Malaysia’

Travel

Dilawati Rakyat Tempatan Setiap Tahun, Hatyai Dah Jadi ‘Little Malaysia’

Persatuan Perdagangan dan Pelancongan Halal Thailand-Southeast Asia menganggarkan bahawa jumlah pelancong Malaysia yang mengunjungi Thailand bulan ini boleh mencecah 500,000 orang, lapor media.

Presidennya, Aida Oujeh, menerusi Kosmo! memaklumkan bahawa kawasan selatan Thailand dijangka menerima antara 230,000 hingga 400,000 pelancong Malaysia yang memasuki negara itu melalui pelbagai laluan darat antara 21 Disember dan 31 Disember.

Advertisement

Hatyai little malaysia

Menurut data daripada persatuan itu, kira-kira 4.6 juta rakyat Malaysia mengunjungi Thailand tahun ini.

Pelancong telah menempah bilik hotel sepenuhnya di kawasan tumpuan pelancong seperti Hatyai, yang kebanyakannya adalah rakyat Malaysia yang melawat bandar terbesar di selatan Thailand.

Kawasan pelancongan popular seperti Lee Garden telah menjadi ‘Little Malaysia’ dengan ramai pelancong Malaysia bertutur dalam Bahasa Melayu.

Tempat pelancongan terkenal lain seperti Sea Verse, Pasar Terapung Khlong Hae dan Asean Night Bazaar juga dipenuhi rakyat Malaysia.

Hatyai little malaysia

Hatyai little malaysia

Sementara itu, mengenai banjir yang baru-baru ini melanda selatan Thailand, Aida berkata keadaan tersebut telah pulih sepenuhnya.

“Keadaan telah bertambah baik dengan ketara. Banjir telah surut dan tidak lagi memberi kesan kepada kawasan pelancongan. Pemulihan ini membantu merancakkan aktiviti pelancongan di kawasan tersebut,” katanya.

Mengenai perbelanjaan, Aida berkata secara purata, seorang pelancong Malaysia akan membelanjakan sekurang-kurangnya RM600 sepanjang lawatan mereka ke Thailand.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tips lepas imigresen tanpa banyak disoal oleh pihak imigresen
5 days ago

Takut ‘Sangkut’ Ketika Di Kaunter Imigresen? Ini Tips ‘Rare’ Untuk ‘Lepas’ Imigresen Tanpa Banyak Soal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...