Gara-gara dilarang mengambil video sepanjang proses suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa berang dan turut mempersoalkan adab petugas kesihatan yang bertugas.
Perkara tersebut dikongsikan Shiha menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana di merasa keliru apabila tidak dibenarkan untuk berbuat demikian sedangkan kerajaan menerusi menteri Khairy Jamaluddin telah membenarkan secara jelas mengenai sebarang rakaman video semasa suntikan vaksin adalah dibenarkan.
View this post on Instagram
Katanya lagi, petugas kesihatan tersebut tidak beradab apabila berkomunikasi dan memberi alasan yang tidak masuk akal ketika melarangnya untuk mengambil video.
@khairykj dah cakap dibenarkan ambil video tambahan memang niat nak galakkan orang atau pengikut untuk ambil vaksin. Sekurang-kurangnya beradablah sikit jika nak cakap dengan penerima dan janganlah bagi alasan yang tak masuk akal. Bukannya tak percaya dekat doktor pun.
Ulas Shiha, tiada isu sepatutnya timbul kerana video tersebut boleh dijadikan bahan bukti kepada dua-dua pihak jika berlakunya perkara yang tidak diingini.
View this post on Instagram
Terdahulu, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengumumkan bahawa perbuatan merakam video dan mengambil gambar adalah dibenarkan bagi mengelakkan sebarang keraguan berikutan tularnya isu vaksin kosong yang pernah dilaporkan sebelum ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.