Dilarang Keluar Dari Negara, Fahmi Reza Mahu Heret Pihak Berkuasa Ke Mahkamah – “Senang Je Cakap Tiada Sekatan Rasmi, Aku Tetap Kena Sekat..”

Kehidupan

Dilarang Keluar Dari Negara, Fahmi Reza Mahu Heret Pihak Berkuasa Ke Mahkamah – “Senang Je Cakap Tiada Sekatan Rasmi, Aku Tetap Kena Sekat..”

Aktivis dan pereka grafik terkenal, Fahmi Reza akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa susulan kenyataan tiada sekatan pergerak yang dikenakan terhadapnya berkait dakwaan dia disenarai hitam daripada keluar negara.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Fahmi Reza atau nama penuhnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin berkata, dia sudah membaca jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menuding jari kepada pihak polis dan kenyataan polis yang didakwa menuding jari kepada pihak imigresen.

Advertisement

fahmi reza

Fahmi berkata, ia kononnya ‘tiada sebarang sekatan rasmi daripada kerajaan’ dan berlaku ‘kekeliruan ketika proses semakan di pintu keluar negara.’

Aku tak nampak mana-mana pihak kerajaan yang berani ambil tanggungjawab atas kesilapan korang yang menyebabkan hak kebebasan bergerak aku disekat.

 

Korang senang je cakap ‘tiada sekatan rasmi’ tetapi realitinya, aku tetap kena sekat, semalam. Aku tetap tidak dapat ke luar negara. Aku tetap dinafikan hak aku sebagai rakyat.

 

Aku hanya rakyat biasa. Korang dah sekat, susahkan dan rugikan masa dan duit aku, tapi kemudian cuci tangan. Taknak mengaku salah.

Katanya lagi, jika rakyat yang membuat salah, pihak berkenaan tidak mengambil masa lama untuk diheret ke mahkamah.

Kali ini, giliran rakyat pula untuk heret pihak berkuasa ke mahkamah.

fahmi reza

Sebelum ini, Fahmi memaklumkan dia telah dilarang keluar negara untuk menghadiri konsert di Singapura menerusi penerbangan dijadualkan berlepas pada jam 9.35 pagi.

Fahmi Reza dilaporkan berkata, dirinya tidak dibenarkan keluar negara atas arahan Bukit Aman dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

fahmi reza dihalang keluar negara
3 days ago

Selepas 'Dihalau' Dari Sabah, Fahmi Reza Dakwa Dilarang Keluar Negara Pula - "Aku Dapat Tahu Kena Blacklist, Apa Salah Aku?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...