Terbaru, melalui ciapan video yang dimuat naik oleh Mohd Redzuan Abdul Manap di laman X, kelihatan dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung di atas udara.
Kedua-dua buah helikopter hilang kawalan selepas bertembung, lalu terhempas.
Kejadian tersebut dilaporkan ada kematian tetapi laporan lanjut mengenai insiden tersebut masih belum diketahui.
Perkembangan terkini, 10 orang dilaporkan terkorban dalam insiden dua helikopter ATM bertembung.
Mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang.