Melalui laporan Berita Harian, seorang lelaki yang bernama Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin atau mesra dipanggil sebagai Ija dilaporkan hilang selepas kereta yang dinaiki terjunam dalam Sungai Tui, Bukit Kepong, semalam.
Belum disahkan meninggal dunia
Menurut adik mangsa iaitu Abdul Aziz, ketika ini pihak polis masih belum mengesahkan bahawa abangnya sudah meninggal dunia dan dalam proses mencari mangsa.
Katanya lagi, kali terakhir berhubung dengan abangnya adalah pada jam 2 petang, semalam, ketika masing-masing bergerak dari Johor Bahru ke Parit Jawa dengan menaiki kereta berasingan.
Momen terakhir dengan mangsa
Ija (panggilan abangnya) memberitahu dia mahu ke bengkel rakannya di Parit Jawa dan kami dimaklumkan kali terakhir dapat menghubunginya jam 4 petang semalam. Selepas itu, kami gagal menghubunginya sehingga kini.
Difahamkan daripada penjelasan Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, beliau mengesahkan insiden tersebut dan sehingga kini mangsa belum ditemui, susulan itu pasukan penyelamat giat menjalankan operasi mencari lekaki terbabit.