Dilantik Sebagai Penasihat Syarikat Penerbangan Rayani Air, Datuk Dr Haron Din Belum Terima Sebarang Tawaran Rasmi

Trending

Dilantik Sebagai Penasihat Syarikat Penerbangan Rayani Air, Datuk Dr Haron Din Belum Terima Sebarang Tawaran Rasmi

haron-din-rayani

Timbul desas-desus mengatakan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din akan dilantik sebagai Penasihat kepada syarikat penerbangan Rayani Air masih lagi menjadi tanda tanya hingga ke hari ini.

Namun, setakat ini Datuk Haron Din mengesahkan belum mendapat sebarang tawaran jawapan atau panggilan daripada syarikat itu.

Advertisement

“Tidak ada mana-mana pihak berkenaan (Rayani Air) menghubungi saya. Saya tidak tahu kedudukan, yang saya dengar kata jadi Penasihat Syariah. Jadi tidak tahu mana yang sebenarnya. 

“Memang banyak orang yang bertanya. Tetapi tidak ada sebarang usaha untuk mereka (Rayani Air) hubungi dan apa sebenarnya hasrat mereka. Takkanlah benda yang saya tidak tahu mana letaknya saya akan komen,” ujarnya.

Sebelum ini Pengarah Urusan Rayani Air berkata jika Haron bersetuju dengan hasrat syarikat itu, maka pemimpin PAS itu akan menasihati Rayani Air tentang bagaimana melaksanakan konsep patuh syariah yang sebetulnya mengikut lunas Islam.

Seandainya betul lah bahawa Datuk Haron Din bakal dilantik sebagai Penasihat di syarikat penerbangan ini, ia adalah sebagai satu langkah positif.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...