Dilantik Menjadi Presiden Singapura Yang Ke-8, Siapa Sebenarnya Halimah Yacob?

Trending

Dilantik Menjadi Presiden Singapura Yang Ke-8, Siapa Sebenarnya Halimah Yacob?

Bulan lepas kita digemparkan dengan berita pemilihan Halimah Yacob sebagai presiden republik Singapura yang ke-8 selepas menewaskan calon terdekatnya iaitu Farid Khan dan Salleh Marican.

Advertisement

Hal ini menjadikan Halimah Yacob sebagai wanita pertama yang menyandang jawatan sebagai presiden republik itu.

Dikenali sebagai seorang wanita yang sangat bersederhana, Halimah memilih untuk tinggal di apartment miliknya sendiri biarpun sudah bergelar sebagai presiden.

Ayuh kenali dengan lebih dekat biografi Halimah Yacob ini..

Nama Lengkap : Halimah Yacob
Tempat Lahir : Singapura
Tanggal Lahir: 25 Agustus 1954
Umur Sekarang: 63 Tahun
Kebangsaan : Singapura
Agama : Islam
Nama Suami : Mohammed Abdullah Alhabshee
Jumlah Anak : 5
Jabatan : Presiden Singapura
Masa Jabatan : 2017 – Selesai
Jawatan sebelum : Ketua Parlimen Singapura

Sedikit info mengenai Halimah Yacob..

1.  Beliau merupakan Speaker Parlimen Singapura ke-9 yang bermula dari januari 2013 ke Ogos 2017 (Wanita pertama memegang jawatan ini)

2. Merupakan seorang ahli parlimen mewakili Parti Tindakan Rakyat selama 14 tahun bermula dari tahun 2001 ke 2015

3. Dilantik sebagai Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan dari tahun 2011 ke 2013

4. Merupakan ibu kepada lima cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Mohammed Abdullah Alhabshee

Sebelum menjawat jawatan sebagai presiden Singapura, Halimah Yacob merupakan anggota Ketua Parlimen Singapura pada 2013 hingga 2017.

Halimah Yacob juga pernah menjadi Menteri Pemuda dan Olahraga pada tahun 2011 hingga 2013.

Sementara itu sebelum terjun ke dunia politik, Halimah Yacob merupakan seorang pejuang berkat bergabung di syarikat tenaga kerja di NTUC selama kurang lebih 30 tahun.

Mendapat pendidikan awal di Universiti Singapura di mana Halimah Yacob mendapat gelaran LLB pada tahun 1978.

Kemudian Halimah Yacob menyambung pengajian pada 2001 di Universiti Nasional Singapura dan bergelar LLM serta dianugerahkan gelar Doktor Kehormatan dari UNS pada tahun 2016.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...