Dilanda Gempa Bumi, Angka Kematian Di Turki & Greece Semakin Meningkat

Trending

Dilanda Gempa Bumi, Angka Kematian Di Turki & Greece Semakin Meningkat

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan, gempa bumi berukuran 7.0 magnitud telah melanda Turki dan Greece.

Sehingga kini, pihak berkuasa difahamkan terpaksa menggali runtuhan konkrit yang berat bagi mencari individu terselamat.

Advertisement

Hal ini demikian kerana, kebanyakan mangsa dikatakan terperangkap di bawah  runtuhan bangunan.

https://twitter.com/miniaturmotori2/status/1322195002370347009?s=21

Menurut laporan, kejadian itu juga telah meragut sekurang-kurangnya 26 nyawa.

Rentetan kejadian, gempa bumi yang berlaku itu dikatakan telah mencetuskan tsunami kecil di kepulauan Aegean di Samos serta peningkatan paras air laut sehingga melimpah ke jalanan di bahagian barat Turki.

Sumber: Utusan Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.