January 13th, 2020

Nama Puteri Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish memang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Dia antara pelakon cilik berbakat besar, berikanlah apa sahaja watak, pastinya dia mampu untuk menjiwainya dengan baik dan menyentuh hati penonton. Kehebatannya dalam dunia lakonan memang tidak dapat disangkal lagi dan pernah memenangi beberapa anugerah.

puteri balqis

Namun, kehidupan Puteri Balqis berubah sepenuhnya, menyepi dari dunia lakonan apabila disahkan mempunyai penyakit hati. Selalu demam berterusan, pengsan dan muntah darah hampir setiap hari sehingga perlu keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan.

puteri balqis bersamamuTerbaru, iklan yang memaparkan sedutan temu bual kehidupan Puteri Balqis dalam rancangan Bersamamu mengejutkan orang ramai apabila memaparkan kehidupannya yang berubah secara drastik.

Terpaksa ikat perut 3 hari

Balqis tetap rasa syukur

puteri balqis bersamamu

Meskipun dilanda dugaan yang berat, Puteri Balqis berkata perubahan hidup secara tiba-tiba itu cukup indah kerana Tuhan tidak mahu mereka lupa diri.

Perubahan tiba-tiba itu indah sebenarnya. Tuhan tak mahu kami lupa diri. Terputus makan itu pernah la dalam dua tiga hari tapi tak pernahlah sampai seminggu. Kami ikat perut.

Ramai sedih

puteri balqis

puteri balqis

puteri balqis

puteri balqis

puteri balqis

puteri balqis

puteri balqis

Rata-rata netizen sedih melihat keadaannya yang terpaksa ikat perut selama 3 hari. Malah, ada yang tertanya-tanya, tiadakah bantuan daripada pihak berkenaan seperti persatuan Seniman untuk sama-sama meringankan beban pelakon cilik itu.

Siapa sangka bintang yang disanjung masyarakat kini melalui episod sukar. Semoga Puteri Balqis akan terus tabah menghadapi segala dugaan dan diberikan kesembuhan.

Sumber Berita : Bersamamu TV3


11 responses to “Dilanda Dugaan Dan Hidup Berubah, Puteri Balqis Terpaksa Ikat Perut 3 Hari”

  1. Anonymous says:

    Dia ada mak ayah,. Kenapa nak kesian. Dorang masih sihat nak bekerja. Just sbb dia penah menang anugerah, semua pakat nak derma. Nanti lama2 mak ayah ambil kesempatan. Ye lah, senang dapat duit dari derma orang je.

  2. Ss says:

    Ya allah..kesiannya cm tu sekali.babi btul la ayah adik balkis ni

  3. bunga says:

    Mak ayah ada lagi masih sihat. Kenapa harapkan anak cari pendapatan?

  4. Anonymous says:

    kalau ada sesiapa yg tanya pasal mak bapak aqish ni, meh lah aku kongsi sikit cerita. bapak dia nilah yg x berguna. tinggalkan anak beranak ni mcm tu je. n semua duit aqish berlakon dulu bapak dia yg bawak lari. mak dia ada kerja dulu, tapi kerja biasa2 je. pernah jd tukang cuci pinggan n sebagainya tapi x boleh tinggal aqish lama sebab dia x sihat. family yg lain (atok, nenek, pakcik makcik) semua x peduli sbb family mak dia mmg broken gila.

Loading...