Dilamar Ustaz Jadi Isteri Kedua, Gadis Serik Tarawih Di Masjid – “Saya Mampu Jadi Imam Dan Berlaku Adil”

Kehidupan

Dilamar Ustaz Jadi Isteri Kedua, Gadis Serik Tarawih Di Masjid – “Saya Mampu Jadi Imam Dan Berlaku Adil”

Seorang gadis meluahkan rasa serik untuk bertarawih di masjid gara-gara dilamar seorang ustaz untuk dijadikan isteri kedua.

Gadis itu berkongsikan mengenai hal itu di TikTok di mana dia sering menunaikan solat terawih secara berjemaah sepanjang bulan Ramadan di sebuah masjid.

Advertisement

Namun, dia tidak menyangka kehadirannya ke rumah ibadat itu turut menjadi tumpuan ustaz yang dikenali sebagai Zakir.

gadisSumber : TikTok  

Difahamkan, gadis itu menerima sepucuk surat dipercayai dikirim ustaz itu dan ia terisi permintaan lamaran untuk menjadi isteri keduanya.

tiktokSumber : TikTok  

Assalammualaikum, jujur dari awal saya tengok awak solat, hati ini berdebar kencang. Saya tak boleh basa-basi, saya nak meminang awak untuk jadi isteri ke-2 saya. Kemampuan yang saya ada adalah menjadi imam dan memperlakukan isteri dengan adil.

Tulis ustaz itu, dia mampu menjadi imam dan berlaku adil jika gadis itu bersetuju untuk menjadi isteri kedua.

Namun begitu, gadis berkenaan menjadi takut dan sudah berasa serik untuk pergi menunaikan solat di masjid itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Askar pukul bini
9 months ago

(VIDEO) "Siap Bercuti Sama Dengan Skandal" - Askar Dirakam P*kul Isteri, Netizen Sebak Lihat Anak Jadi Mangsa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...