Written by Irsa | November 22nd, 2019

Mesti ramai yang semakin jatuh hati dengan kumpulan One Nation Emcees (ONE) yang saban minggu menggegarkan pentas Gegar Vaganza 6 kan! Walaupun karier mereka sedikit suam beberapa tahun kebelakangan ini, namun mereka mula bangkit selepas persembahan memukau kumpulan itu turut mendapat pujian melambung daripada Datul Ramli MS.

Dalam kumpulan ini, ahli yang paling mendapat perhatian ramai ialah Mimi iaitu satu-satunya anggota wanita di dalamnya. Diiringi dengan vokal mantap serta gerakan koreografi yang memukau, bakatnya itu berjaya memikat hati ramai orang.

mimi ONE

Melihatkan kesungguhan wanita itu, ramai yang yang ingin tahu mengenai kehidupan peribadinya. Baru-baru ini, Mimi telah berkongsi bahawa kekuatannya itu datang daripada ibunya yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU).

ibu mimi ONE tidak mengalah walaupun dilahirkan tanpa kaki

Puan Ramlah Md Jalee dilahirkan tanpa sepasang kaki. Walaupun begitu, ibu Mimi ini tidak pernah menganggap kekurangan diri sebagai penghalang. Baginya, kehidupan sehariannya sama sahaja dengan wanita-wanita lain cuma cara menguruskan anak sahaja sedikit berbeza.

Cuma cara saya mendukung anak-anak, memasak, memandu, menaiki tangga dan keluar bekerja berbeza berbanding ibu-ibu lain. Saya terpaksa membawa anak-anak ke rumah pengasuh dengan kereta kerana saya bekerja manakala suami pula seorang ahli perniagaan.

Kecekalannya itu bukan sahaja dihargai oleh anak-anaknya, bahkan wanita itu pernah dinobatkan sebagai Anugerah Ibu Gemilang 2018. Jangan terkejut kerana dia juga mempunyai kelulusan dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif dari Universiti Malaya.

Saya tak pernah salahkan sesiapa dengan keadaan saya seperti ini. Saya percaya, Allah SWT berikan kelebihan dan kekurangan untuk setiap makhlukNya. Dalam kehidupan ini, saya melihat ada keadaan orang yang lebih teruk daripada saya.

ibu mimi ONE tidak mengalah walaupun dilahirkan tanpa kaki

Menurut ibu Mimi ini lagi, dia telah membuktikan bahawa walaupun dia seorang OKU, dia mampu untuk berdiri sendiri dan menghadapi segala halangan dan rintangan.

Jika saya tidak menolong diri sendiri, siapa yang sanggup membantu saya buat selamanya? Jadi saya harus kuat dan sentiasa positif.

Ternyata Mimi menjadi begitu kuat kerana dia didorong oleh semangat ibunya yang jitu. Hubungan rapat mereka itu membuatkan ramai peminat yang tersentuh dan terharu.

Sumber: NONA

2 responses to Dilahirkan Tanpa Kaki, Ibu Mimi One Nation Emcees Tetap Gagah Besarkan Anak-Anak

  1. defamoso says:

    Mohon group sendu defam belajar daripada Mimi Fly macam mana nak menari + menyanyi.

  2. Bawang Goreng says:

    orang kelainan upaya ke orang kurang upaya ni?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini