Written by Bella | September 10th, 2019

Sejak isu putus tunang pelakon Elfira Loy dan Sufian Suhaimi mendapat perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai spekulasi, nama ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff turut terkena tempiasnya apabila ada sesetengah netizen mengaitkannya sebagai punca anaknya putus tunang. Ramai yang salah anggap sebenarnya sehingga timbul persepsi yang kurang enak.

ibu elfira loy kongkong

Bukan mudah untuk Filzah menguruskan kerjaya Elfira yang sudah bergelar anak seni sejak kanak-kanak lagi.

Menurut Filzah, seorang ibu perlu mengongkong setiap gerak-geri anak-anak agar mereka tidak akan mudah lupa diri. Naluri seorang ibu sangat kuat.

Orang nampak saya kongkong tapi kadang-kadang saya dapat tahu daripada kawan sendiri yang mengatakan saya sangat beruntung sebab mendapat anak yang mendengar cakap. Kadangkala kita tidak sedar yang kita demand letak expectation terlalu tinggi. Bila kita merajuk pun, kita kena beritahu.

Dalam pada itu, Elfira mengakui ada kalanya dia tidak selesa apabila dimarah, tetapi dari sisi positif perkara itu adalah untuk kebaikannya.

elfira loy ibu

Pengorbanan ibu sangat besar. Apa yang ibadah yang dilakukan oleh ibu bukan untuk diri sendiri tetapi untuk anak-anak. Saya tahu bila dia dah tiada nanti, kita pula nak buat benda tu.

Bila kena marah memang rasa tidak seronok dan selesa. Tetapi setiap ibu mempunyai cara tersendiri untuk “membentuk” dan mendidik anak mereka ke arah kebaikan. Pengorbanan seorang ibu itu besar dan kita harus hargainya.

Sumber Berita : Mingguan Wanita

9 responses to Dilabel Suka Kongkong Anak, Ini Penjelasan Ibu Elfira Loy

  1. Anonymous says:

    lebih baik kongkong drp dibiar

    • Brunes says:

      mula2 saya rasa mama dia ni gila duit, pasal kes pian hari tu letak macam2 syarat.. tapi sekarang saya faham. sorry mama elfira saya berburuk sangka. mothers knows best! orang yg dengar cakap mak tak akan pernah rugi

  2. Anon says:

    Elfira mmg cantik. Adik perempuan dia pula perasan hot.

  3. Anonymous says:

    Kongkong ni kena hadap risiko yang bila anak berjauhan dengan kita (masuk asrama atau kerja di negeri lain) tengok dia jadi apa.

    Time tu dunia dia baru start. Baru nak belajar balik lewat, nanti dah pandai balik lewat, kalau nasib takbaik terjebak dengan pergaulan bebas.

    Kesimpulannya jangan kongkong sangat. Jaga boleh, tapi ada limit.

    Tapi ni dah kahwin kau nak control apa lagi makcik. Cukuplah control duit dia

  4. Anonymous says:

    Bosan ah… ingat gosip apa lah tadi. Yawn.

  5. Rams says:

    Pira. Sebelum kau beranak, ada muhasabah diri minta maaf kat orang lain dulu pat. Baru berkat hidup.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini