Pelakon cantik, Amelia Handerson mengakui dirinya sudah lali dan ‘kebal’ apabila dikaitkan dengan persoalan pelat Bahasa Melayu dan isu seksi di media sosial.
View this post on Instagram
Menurut Amelia yang kini berusia 26 tahun, dia sentiasa menyedari mengenai isu tersebut kerana merasakan sudah lama dia dikaitkan dengan ‘label’ itu sejak mula-mula dia menceburkan diri dalam industri hiburan.
Ujarnya lagi, dia kini sudah tidak ambil peduli dan kisah mengenai apa yang diperkatakan peminat di luar sana kepadanya kerana sudah terbiasa.
View this post on Instagram
“Ia sudah sangat biasa pun. Jadi, kalau masih ramai lagi yang rasa saya tetap seksi, terima kasih.” ujarnya kepada sebuah tabloid berita.
Ketika ditanyakan mengenai tahap kefasihan pertuturan Bahasa Melayu, Amelia mengakui dia kini sedang belajar untuk lebih cemerlang dalam setiap penggunaan kata bahasa tersebut.
“Kadang-kadang, saya sebenarnya rasa tak puas hati juga apabila sering ditanya mengenai pelat Bahasa Melayu ini. Bagi saya, tahap percakapan ketika ini sudah makin baik dan fasih.”
Amelia juga menjelaskan bahawa dia juga sudah banyak berlakon dalam drama-drama Melayu jadi persoalan atau tanda tanya mengenai kefasihannya bertutur bahasa tersebut tidak patut menjadi persoalan sehingga kini.
View this post on Instagram
Dia yang kini boleh ditonton lakonannya dalam drama berjudul Romantika 4 Hari 3 Malam di saluran televisyen TV3 berkata bahawa dia akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam setiap watak yang diamanahkan demi merealisasikan permintaan pengarah dalam sesebuah naskah.
Sekadar info, Amelia Handerson telah menceburi bidang lakonan sejak berusia setahun apabila aktif melibatkan diri dalam iklan TV serta turut melibatkan diri dalam aktiviti teater seperti pementasan The King and I serta Peter Pan pada tahun 2007.