Baru-baru ini, gaya pengacaraan Janna Nick di Melodi menerima kritikan yang agak pedas daripada rakan artis seperti Syazwan Zulkifly yang menganggap Janna terlalu gedik dan Aiman Hakim Ridza yang mengatakan pengacara program itu tidak tahu untuk menghormati orang lain.
Tidak mudah melatah meskipun turut dikecam oleh netizen, Janna menerima segala kritikan dengan hati yang terbuka dan sentiasa menghormati pandangan orang lain.
Terdahulu, Syazwan memohon maaf kepada Janna kerana menggunakan perkataan dengan nada menyindir cara pengacaraan Janna. Apa yang membuatkan ia menjadi bualan hangat netizen adalah kerana perkataan ‘monyet’ yang digunakan oleh Syazwan menerusi status yang dimuat di akaun Twitternya.
Bagaimanapun, Syazwan Syazwan tampil memohon maaf sekiranya perkataan yang beliau gunakan itu ada mengguris hati pelakon wanita itu.

kak kin
July 23, 2018 at 5:06 pm
masa zaman sebelum dan sehingga awal ashaari je program melodi best.. lepas tu harammm.
Anonymous
July 20, 2018 at 9:28 pm
Si Aiman kerja kau lagi hina..drama kisah kemaruk celah kangkang tak membina langsung.pengalak pembuang bayi buat generasi melayu terus kelembah hina.