Pelakon kecil molek, Nad Zainal mengambil sikap tidak ambil pusing dengan kritikan sesetengah netizen yang mengatakan dia tidak sesuai melakonkan watak utama kerana memiliki wajah yang ‘awam’.
Ujar Nad di laman TikTok miliknya, wajah ‘kebiasaan’ yang dimilikinya itu adalah rezeki diberikan Allah S.W.T untuknya dan telah ditawarkan pelbagai watak sebelum ini berbekalkan muka awam tersebut.
Bila orang kata sebagai heroin kau tak cukup lawa untuk slot yang akan ditayangkan setiap pukul 7 malam.
Tapi disebabkan muka kau muka awam, kau selalu dapat watak kampung, watak cacat, watak psiko. So, nak happy ke nak sedih? Rezeki masing-masing.
Dia juga mengucapkan terima kasih dan bersyukur kerana masih ada pihak yang menghargai bakat lakonannya sehingga kini.
Sekadar info, Nad Zainal mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ungku Ismail pada Januari 2023 yang lalu. Ini merupakan perkahwinan kali kedua Nad Zainal.
Hasil perkongsian hidup Nad bersama suami pertama, dia dikurniakan dua orang anak dan memiliki seorang anak bersama Ungku.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.