Pelakon wanita yang kini menetap di Australia sejak berkahwin, Raja Ilya memang tidak lepas dari isu-isu kontroversi. Baru-baru namanya disebut netizen apabila dia membuat perbandingan majlis perkahwinan di Malaysia dan luar negara ketika dunia dilanda pandemik COVID-19.
View this post on Instagram
Gara-gara hantaran media sosial tersebut, isteri kepada Trent Garret itu dikecam hebat malah ada yang menganggap Raja Ilya sebagai lupa daratan dan sebagainya.
Dalam pada itu, ada pula cerita-cerita yang mengatakan pelakon filem Papadom ini kini semakin seksi sejak menetap jauh dari tanah air tercinta.
Malah, dia juga dilabel sebagai ‘mat saleh celup’ oleh sesetengah netizen kerana makin berani menggayakan busana menjolok mata, jauh daripada budaya ketimuran yang mengekalkan adab kesopanan.
Namun, Raja Ilya yang ditemui media menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak terikut-ikut dengan gaya kebaratan meskipun bersuamikan seorang lelaki bangsa asing.
View this post on Instagram
“Kalau terdesak namanya melacur diri dan lebih baik berbogel. Bagi saya, seksi sangat subjektif. Saya suka berpakaian menunjukkan bentuk badan dan singkat sejak awal menceburi bidang lakonan. Istilah seksi sangat luas. Ada yang berpakaian sopan tetapi tetap nampak seksi daripada pandangan mata seseorang. Seksi tidak terbatas kepada konsep mendedahkan kulit atau berpakaian sendat sahaja.”
Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad juga menegaskan bahawa dia tidak mengikuti budaya bangsa asing namun menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah sebati dengan budaya barat sejak daripada kecil lagi.
Tambah pelakon filem KL Vampires itu lagi, tanggapan negatif kepada bangsa asing haruslah diubah dalam kalangan masyarakat kerana hakikatnya mereka juga ada kepercayaan dan agama masing-masing, sama seperti masyarakat di dalam negara Malaysia.
Menggesa agar orang ramai agar tidak cepat menghukum, Raja Ilya berkata bahawa ramai yang membuat penilaian dan menganggap orang barat ini sebagai jahil dan jahat apabila melihat sesuatu perkara yang lain daripada norma masyarakat kita.
View this post on Instagram
“Sama seperti negara kita ada pelbagai agama dan bangsa. Mereka juga ada yang kuat agama dan menjunjung budaya sendiri. Diakui memang ada yang hidup tanpa agama dan kepercayaan di luar negara, Tetapi kita tidak boleh menghukum sesebuah negara disebabkan segelintir tidak beragama. Rumusannya, kena fikir positif, banyak membaca dan menambah ilmu. Jangan ceppat menghukum.”
Perkembangan lain, Raja Ilya berkata dia ingin pulang ke Malaysia secepat yang mungkin setelah hampir setahun menetap di Pert, Australia bersama suami dan keluarga mentua namun masih tidak dapat memberi jawapan yang pasti buat ketika ini.