Dilabel ‘Lapar Publisiti’ Oleh Netizen, Siapa Joy Revfa Sebenarnya?

Trending

Dilabel ‘Lapar Publisiti’ Oleh Netizen, Siapa Joy Revfa Sebenarnya?

Minggu ini Malaysia disajikan dengan kekecohan isu pernikahan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa. Umum mengetahui pergolakan rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa.

Advertisement

Bukan sahaja rumit dengan masalah dokumentasi, tetapi juga dengan campur tangan keluarga.

Isu mereka hampir setiap hari di paparkan di media sosial sehinggakan netizen ‘muak’ dan ‘menyampah’ dengan drama mereka. Sampaikan ada netizen yang melabelkan Joy Revfa sebagai orang yang ‘lapar publisiti’.

Dia pernah diperlekeh, dikatakan tidak mungkin mampu hidup di atas kaki sendiri selepas menjanda satu masa dulu. Dan kini perkahwinan keduanya dengan Hafiz Hamidun pula dilanda badai. Apakah dia akan terus menangis atau bangkit?

TAHUKAH anda, siapakah Joy Revfa Sofia yang kini merupakan isteri buat penyanyi Hafiz Hamidun, tetapi perkahwinan mereka kini sedang dilanda badai?

Dia bukanlah artis tapi namanya agak viral di laman sosial. Kisah rumahtangganya yang pertama pernah ‘viral’ satu masa dulu, namun impak daripada itu dia bangun mengesat air mata duka, membuka lembaran baru tanpa menoleh ke belakang lagi.

Biodata Joy Revfa

Nama Penuh: Siti Arifah Mohd Amin
Nama Komersil: Joy Revfa
Tarikh Lahir: 1987
Umur: 30 Tahun (2017)
Asal: Kuantan, Pahang
Kerjaya: Usahawan Kosmetik dan Jurusolek Profesional
Agama: Islam
Bangsa: Melayu (Berdarah campuran Melayu-Indonesia)
Warganegara: Malaysia

Anak kepada jurusolek terkenal

Joy merupakan anak kepada jurusolek terkenal iaitu Sofia Abbas. Dalam membantu wanita-wanita diluar sana menjadi usahawan kecantikan yang berjaya, Joy bersama ibu dan kakaknya turut membuka sebuah akademi iaitu Akademi Kecantikan Artistik Diyana yang beroperasi di Shah Alam sejak tahun 1990.

Mempunyai darah campuran dua negara

Di sebalik wajahnya yang cantik jelita dan putih mulus, Joy mempunyai darah campuran iaitu Malaysia dan Indonesia.

Berbakat besar dalam dunia solekan

Untuk info,  Joy merupakan graduan diploma dalam bidang solekan fesyen dan fotografi dari Puspita Martha International Beauty School, Jakarta.

Selepas tamat pengajian, wanita ini dipilih sebagai jurusolek kesan khas untuk filem-filem pecah panggung dari Indonesia seperti Habibie & Ainun dan The Perfect House.

Rupanya Joy Revfa ni bukan calang-calang orang. Apapun kami berharap semoga kes Hafiz dan Joy akan berakhir secepat yang mungkin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...