Dilabel Gadis Murahan Kerana Didakwa Bercinta Dengan Zizan Razak, Alya Iman Anak Azmil Mustapha Tepis Fitnah Netizen

Hiburan

Dilabel Gadis Murahan Kerana Didakwa Bercinta Dengan Zizan Razak, Alya Iman Anak Azmil Mustapha Tepis Fitnah Netizen

Pelakon baru, Alya Iman yang juga anak kepada arwah pelakon lagenda, Azmil Mustapha telah meluahkan rasa kecewa dan berang apabila dirinya digelar sebagai perempuan murahan dan dituduh sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi Zizan Razak kini.

Advertisement

Dia yang kemudian tampil untuk menjelaskan perkara sebenar mengatakan bahawa dia tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan cinta dengan aktor Zizan Razak.

View this post on Instagram

I miss dressing up going to events ? And rindu kakak kita senanya ? @blushbysyafiqah #throwback

A post shared by Alya Iman (@alyimn) on

“Saya dan Zizan hanya berkawan sahaja, komen yang ditulis itu semua tidak betul. Saya pun tidak tahu siapa yang nak buat (fitnah) saya macam ini, mungkin orang dengki atau dendam dengan saya,”

Alya Iman atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil,19, mengambil keputusan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan tampil memberikan penjelasan setelah muncul satu komen dari seorang individu yang menggelarnya sebagai perempuan murahan.

View this post on Instagram

First time leading with @ungkuismailaziz ??? #GaunPengantinIvory #Ash #Zahra

A post shared by Alya Iman (@alyimn) on

 Walaupun ini bukan kali pertama dia menerima tohmahan dan kata-kata kejian seperti itu, namun kali ini agak berbeza kerana ianya dilemparkan melalui platform media sosial pihak lain.

Mengakui pada mulanya dia agak risau kerana namanya telah terpalit dengan fitnah seperti itu, namun menurutnya, kebenaran pasti akan muncul apabila tiba waktunya.

“Mula-mula risau sebab dia burukkan nama saya dan cakap macam-macam tentang saya..kalau berterusan begini macam mana nak cari makan. Tapi apabila difikirkan balik, benda itu tidak betul dan saya tidak buat seperti yang didakwa, kebenaran pasti akan muncul,”

 

 Namun apa yang menyedihkan buat Alya, kerana nama arwah bapanya sering saja terpalit apabila timbul isu sebegini. Membawa nama bapa dan kemudiannya berkecimpung dalam dunia hiburan dan peragaan bukanlah sesuatu yang mudah buat dirinya.

“Sebab itu saya katakan bawa nama sebagai anak Azmil Mustapha sangat membebankan. Apabila benda-benda buruk jadi, orang akan cakap..tak nak jaga nama arwah ke? Tapi bukan salah saya!, Jadi saya amat kecil hati kerana apa yang disebarkan adalah fitnah, stop guna nama bapa saya,” – Alya Iman

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...