Dilabel Artis Sosial, Ara Johari Sumpah Tak Pernah Minum Arak Dan Ambil Dadah

Hiburan

Dilabel Artis Sosial, Ara Johari Sumpah Tak Pernah Minum Arak Dan Ambil Dadah

Tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai artis yang mempunyai masalah sosial apabila dilabel sebagai kaki botol, penyanyi Ara Johari akui dirinya lansung tidak pernah mengambil sebarang minuman keras sepanjang hidupnya seperti yang didakwa.

Dilabel Artis Sosial, Ara Johari Sumpah Tak Pernah Minum Arak Dan Ambil DadahKatanya, beliau juga bersumpah tidak berbuat demikian, malah turut menzahirkan rasa kecewa apabila dilemparkan tohmahan seperti itu kepadanya.

Advertisement

“Saya berani bersumpah yang saya tak pernah minum, tak pernah sentuh sebarang minuman beralkohol atau mengambil dadah. Saya agak kecewa bila orang buat dakwaan begini. Hal ini sangat sensitif, tapi mulut orang kita tak boleh nak tutup.”

Ujar Ara, ia seakan timbul tanya mengapa terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab  sanggup membuat tuduhan tidak berasas seperti itu berikutan penampilannya yang kian kurus.

Dilabel Artis Sosial, Ara Johari Sumpah Tak Pernah Minum Arak Dan Ambil Dadah

“Saya tidak tahu mengapa orang tuduh saya kaki minum. Bahkan ada juga yang kata saya ambil ‘barang’ hanya kerana saya kurus. Walhal saya kurus sebab memang susah nak naik berat badan, bukan ambil dadah.”

Bagaimanapun, Ara tidak menafikan beliau memang berkawan dan bergaul dengan individu yang menjalani kehidupan sosial.

Dilabel Artis Sosial, Ara Johari Sumpah Tak Pernah Minum Arak Dan Ambil Dadah

“Saya berkawan dengan semua orang. Saya memang ada kawan yang sosial, yang minum, tapi bagi saya kita yang kena pandai jaga diri. Kalau kawan minum, kenapa kita nak ikut. Tak apalah, janji orang sekeliling dan keluarga tahu saya macam mana pun dah cukup.”

Terdahulu, Ara pernah terpalit dengan dakwaan sebagai artis bermasalah apabila menarik diri daripada mengikuti sebuah program televisyen di saat-saat akhir sehingga menyukarkan pihak produksi.

Namun, Ara tampil memaklumkan kepada umum bahawa penarikan diri di saat akhir itu berikutan masalah kesihatan yang teruk sehingga beliau khabarnya terpaksa berbuat demikian.

Sumber: Gempak
 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...