Dikutuk Tak Reti Menyanyi, Nuha Tak Padam Komen Cacian,-“Saya Banyak Belajar Daripada Kritikan..”

Hiburan

Dikutuk Tak Reti Menyanyi, Nuha Tak Padam Komen Cacian,-“Saya Banyak Belajar Daripada Kritikan..”

Meskipun pernah dikritik hebat oleh netizen ketika bertanding di program nyanyian Vokal Mania pada tahun lalu, namun Nuha Bahrin tidak patah semangat untuk kembali bangkit untuk mewarnai bidang nyanyian di negara kita.

NuhaSumber : Instagram Nuha Bahrin  

Menurut Nuha atau nama sebenarnya Nuha Sakina Saiful Bahrin,21, dia bersyukur kerana mempunyai ahli keluarga, teman rapat dan juga peminat setia yang sentiasa memberikan kata-kata positif buatnya untuk terus menyanyi.

Advertisement

Mengakui tempoh yang dilaluinya itu dulu agak sukar tapi bagi Nuha, dia menganggap bahawa segala yang berlaku sebagai cabaran dan liku-liku yang perlu dilaluinya sebagai anak seni.

Dalam pada itu, Nuha juga mendedahkan bahawa dia tidak pernah memadam segala komen dan kritikan yang dilemparkan netizen kerana mahu menjadikannya sebagai sebuah medium pembelajaran dalam menjadi artis dalam bidang nyanyian.

View this post on Instagram

A post shared by Nuha Bahrin (@nuha_bahrin)

“Walaupun banyak dapat komen-komen negatif, tapi saya memang tak pernah delete sebab saya pun banyak belajar daripada situ. Kadang-kadang kritikan ini bagus untuk kita bina balik keyakinan dan saya akui suka juga dapat komen-komen macam tu, sekurangnya dapat betulkan yang mana silap.”

Perkembangan terkini, artis bawah naungan Universal Music Malaysia ini khabarnya muncul dengan single pertama berjudul XSempurna yang telahpun dilancarkan pada 5 Mac yang lalu.

Nuha BahrinSumber : Google  

Mengimbas kembali, nama Nuha telah menjadi tular sekitar November tahun lalu apabila persembahannya dikatakan ‘memandai-mandai’, tidak kemas serta seperti menjerit oleh sesetengah netizen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...