Dikutuk Rumah Bersepah, Suami Nafi Isteri Pemalas

Trending

Dikutuk Rumah Bersepah, Suami Nafi Isteri Pemalas

Sudah menjadi lumrah sebagai seorang ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pastinya sering berhadapan dengan situasi rumah bersepah. Ia bukanlah satu perkara yang asing lagi bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah.

Situasi tersebut sebenarnya sesuatu yang normal terutamanya bagi kanak-kanak yang sudah mula berjalan kerana pergerakan dan kecenderungan mereka untuk mencuba pelbagai perkara sememangnya sukar dikawal.

Advertisement

3 years ago

Anak Terpecahkan TV, Netizen Ketawa Lihat Reaksi Ayah

Disebabkan itu, tidak hairanlah jika rumah kita bersepah dengan mainan anak-anak. Situasi tersebut bukan penanda aras untuk menetukan seseorang ibu bapa itu malas mengemas rumah atau tidak.

Ini adalah kerana, walaupun sesuatu ruangan di dalam rumah baru sahaja dikemas, tidak berapa lama kemudian pastinya ruangan itu akan bersepah semula.

Seorang lelaki mendapat soalan berbaur perli daripada netizen yang mengatakan rumahnya bersepah kerana isterinya malas mengemas rumah

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama bapaknsuamiorang2 yang memaparkan dirinya menjawab soalan daripada netizen mempertikaikan isterinya seorang yang pemalas.

Perkara itu terjadi dek kerana dia berkongsi video anaknya yang bermain di rumah mereka dan keadaan rumah mereka yang bersepah pula menjadi tumpuan netizen itu.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut merasa kagum adalah apabila lelaki itu dilihat sangat tenang menjawab persoalan tersebut dan tidak melenting. Dia menjelaskan yang sebenarnya kawasan anaknya bermain itu adalah di kediaman jiran sekitar mereka.

Dia menambah lagi, sekiranya rumah dikemas oleh isterinya sekalipun tetap akan bersepah semula kerana itu merupakan situasi normal bagi mereka yang mempunyai anak kecil.

“Tak pernah ada anak kecil ke yang komen tu?”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 804.3 ribu tontonan, 53.3 ribu tanda like dan 5.9 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa tidak berpuas hati dengan soalan yang diajukan oleh individu tersebut.

Lelaki dikutuk rumah bersepah

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Lelaki dikutuk rumah bersepah

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang bersetuju dengan penjelasan lelaki tersebut yang mengatakan ia adalah sesuatu yang normal bagi mereka yang mempunyai anak kecil di rumah.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan mungkin individu yang bertanyakan soalan tersebut tidak mempunyai anak lagi dan kerana itulah dia tidak tahu akan situasi rumah bersepah itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...