Pelakon, Remy Ishak menerima kritikan diberi oleh segelintir netizen yang mengatakan dirinya semakin selekeh dan tidak terurus sejak bergelar suami kepada Ezza Yusof.
Pelakon berusia 41 tahun itu berkata setiap manusia yang hidup di muka bumi ini akan mengalami perubahan apabila semakin berusia.
Malah, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak menganggap ianya sudah menjadi lumrah kehidupan kerana tidak boleh mengubah pandangan dan mentaliti orang lain.
Saya sama saja. Biasa saja. Saya tak sedar pun tapi orang lain mungkin perasaan benda itu.
Bukan itu sahaja, pelakon filem Pulang itu turut berkata perkara itu normal berlaku kepada artis apabila sudah berkahwin, peminat akan lari.
Mungkin peminat skeptikal bila artis kesayangan mereka dah jadi hak milik seseorang, terus dah jadi lain.
Benda ini normal. Kadang-kadang bila kita dah kahwin, minat orang menjadi berkurangan.
Bagaimanapun, Remy meluahkan rasa syukur kerana masih diberi tawaran untuk berlakon meskipun usianya kini sudah mencecah 40-an.
Tak mengapalah. Saya pun sebenarnya tak tahu nak komen apabila orang fikir saya begitu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.