Usahawan kontroversi, Anes Ayunie meluahkan rasa syukur kerana akhirnya berpeluang menyuarakan isi hatinya selepas berdepan ketegangan melibatkan rakan usahawan, Farhana Zahra (Cikna) dan bekas abang ipar, Iqbal Zulkefli.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Anes atau nama sebenarnya Anes Ayunie Osman, 23, menyatakan perbincangan yang berlangsung membuka ruang buatnya berkongsi sisi cerita yang selama ini dipendam.
Alhamdulillah. Lega. Tenang. Hari ini, Allah izinkan satu kelegaan besar dalam hidup saya
Dalam masa sama, Anes turut mengucapkan terima kasih kepada Cikna kerana sudi mendengar dan memberi ruang untuknya meluahkan segala yang terbuku di hati.
Terima kasih Cikna, kerana beri ruang untuk saya luah dari sisi saya. Yuni janji, akan terus hormat dan pegang Cikna sebagai guru selamanya. Semoga Allah balas semua kebaikan Cikna. Besar sangat maknanya.
Anes turut memaklumkan bahawa dia telah menceritakan kepada Iqbal tentang kisah sebenar rumah tangganya bersama bekas suami, Weldan, yang sebelum ini menjadi perhatian ramai.
Untuk Iqbal, segala luka dan kebenaran tentang adik awak (bekas suami saya) Yuni dah ceritakan tadi. Bukan niat nak membuka aib, tapi untuk membersihkan hati yang lama terluka.
Yuni tahu Yuni pun banyak khilaf. Tapi Yuni masih simpan banyak perkara dan aib demi anak, dan demi menghormati ayah kepada anak Yuni.
Mengambil kesempatan itu, Anes turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah terasa hati atas kata-kata atau tindakannya sebelum ini.
Dan buat semua, Yuni hanya manusia biasa. Tak lari dari dosa dan kesilapan. Jika pernah menyakitkan sesiapa, maafkan Yuni. Hari ini Yuni mula belajar melepaskan, demi tenang yang Allah sedang beri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.