September 28th, 2020

Mendedahkan dirinya kini telah memulakan proses kuarantin selepas pulang dari Sabah, pelakon Shaheizy Sam khabarnya terpaksa menangguhkan majlis pelancaran produk yang sepatutnya berlangsung pada hari ini.

Sam Dikuarantin Selepas Balik Dari Sabah, Terpaksa Tangguh Majlis Pelancaran Produk

Bagaimanapun, Sam tampil memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

“Seperti yang semua tahu, saya baru pulang dari Kota Kinabalu dan mulai hari ini saya telah mula dikuarantin. Saya memohon maaf kepada semua yang menerima jemputan kerana terpaksa menangguhkan terlebih dahulu majlis yang sepatutnya berlangsung pada hari Isnin hingga diberitahu kelak.”

Dalam pada itu isterinya, Syatilla Melvin juga dilihat tidak ketinggalan menzahirkan permohonan maaf atas penangguhan majlis pelancaran produknya itu.

“Sepatutnya hari ini merupakan majlis pelancaran produk kami, namun Sam terpaksa dikuarantin dan kita semua perlu ikut SOP yang telah ditetapkan. Jadi, kita tukar dan bawa kepada sesi siaran langsung Instagram pada malam ini.”

Sekadar informasi, pelancaran produk yang dimaksudkan merupakan produk Pengaseh milik pasangan Sam dan Syatilla sepatutnya berlangsung pada petang Isnin di Damansara.

Sam Dikuarantin Selepas Balik Dari Sabah, Terpaksa Tangguh Majlis Pelancaran Produk

Untuk rekod, Sam berada di Kota Kinabalu sejak 5 hari lalu bagi memberikan sokongan kepada abang iparnya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang pulang berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan, semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa bermula semalam sehingga 10 Oktober.

Sam Dikuarantin Selepas Balik Dari Sabah, Terpaksa Tangguh Majlis Pelancaran Produk

Ia merupakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari negeri terbabit bagi memantau risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu berkenaan.


One response to “Dikuarantin Selepas Pulang Dari Sabah, Shaheizy Sam Terpaksa Tangguh Majlis Pelancaran Produk”

  1. Anonymous says:

    dah cium dan tengok bawah org sabah?
    bersawang kah bau apa?
    tanah mana nak diambil?
    dah survey dgn abang ipar?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...