Dikuarantin Kerana Kontak Rapat COVID-19, Ezzaty Abdullah Berang Sikap Penting Diri Kru Penggambaran

Hiburan

Dikuarantin Kerana Kontak Rapat COVID-19, Ezzaty Abdullah Berang Sikap Penting Diri Kru Penggambaran

Pelakon Ezzaty Abdullah meluahkan rasa terkilan dan juga terkejut apabila mendapat tahu bahawa dia merupakan salah seorang kontak rapat dengan pesakit COVID-19 yang juga salah seorang kru penggambaran sebuah drama pada minggu lalu.

Ujar Ezzaty, dia berasa terkilan kerana baru sahaja bermesra dan berpelukan serta mencium kedua ibu bapanya serta anak, Harum Dahlia.

Advertisement

Difahamkan, pelakon drama Cinta Sekali Lagi baru sahaja pulang ke kampung untuk mengambil anaknya pulang daripada kedua ibu bapanya namun pada malam hari berkenaan, dia telah menerima panggilan menyatakan bahawa dia merupakan kontak rapat kepada kru penggambaran yang baru sahaja dijalaninya pada dua hari yang lalu.

Dia juga mengakui berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan anak dan berjauhan dengan suami, pelakon Azwan Kombos setelah perkara tersebut terjadi terhadap dirinya.

Berasa agak sedikit berang dengan sikap orang yang mempunyai kontak rapat tetapi tidak bertanggungjawab kerana masih keluar dan berjalan ke sana-sini tanpa kuarantin, Ezzaty hanya berharap agar keputusan ujian calitannya negatif kerana ingin berjumpa ahli keluarganya yang lain.

“Kini saya rasa macam nak jerit, sedih sangat rasa bila pertama kali berpisah lama dengan Azwan dan Harum. Saya harap keputusan ujian ketiga saya negatif, dapatlah jumpa anak saya. Cuma saya nak minta kepada semua tolonglah ada kesedaran jika anda ada kontak rapat..silalah untuk kuarantinkan diri jangan selfish. Init tidak, ada yang saya tahu yang kontak rapat tapi boleh bersiar di pusat membeli belah..”

Ezzaty juga memaklumkan bahawa tempoh kuarantinnya akan berakhir pada 1 Mei ini jika keputusan ujian COVID-19 ketiganya negatif.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...