Dikritik Tidak Sensitif, Maria Tunku Sabri Namakan Menu Masakan ‘Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan’

Hiburan

Dikritik Tidak Sensitif, Maria Tunku Sabri Namakan Menu Masakan ‘Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan’

Semalam, tular di media sosial apabila bekas pengacara program Jalan Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri telah dikritik netizen kerana tidak sensitif apabila menamakan masakannya sebagai ‘Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan Malaysia-Thai’.

Dia dalam pada itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang anggota PGA yang terkorban akibat tragedi tembak-menembak itu.

Advertisement

Yang menjadi perbualan netizen apabila kapsyen entri berkenaan dilihat tidak sesuai kerana melibatkan orang yang telah meninggal dunia.

“Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan Malaysia-Thai. Apalah nak jadi mati katak saja Pegawai Gerakan Am di sempadan Malaysia-Thai. Mati syahid dalam menjalankan tugas demi negara, takziah buat keluarga”

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut pengacara itu tampil memberikan komen tidak puas hati dan ramai menganggap Maria Tunku Sabri seolah-olah mempersendakan pegawai PGA yang meninggal dunia demi negara tercinta.

Walau bagaimanpun mungkin telah menyedari kesilapan yang dilakukan, Maria dilihat telah tampil memohon maaf sekiranya niat disalah erti. Dia turut menyunting entri berkenaan dengan kapsyen yang bersesuaian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...