Dikritik Tidak Hulurkan Bantuan Perangi COVID-19, Shah Rukh Khan Dedah Bukti Sumbangannya

Trending

Dikritik Tidak Hulurkan Bantuan Perangi COVID-19, Shah Rukh Khan Dedah Bukti Sumbangannya

Sepanjang wabak COVID-19 melanda di seluruh dunia, rata-rata rakyat di semua negara yang terjejas cuba untuk menghulurkan bantuan setakat mana yang mampu. Pun begitu, segelintir individu apabila berbuat baik, kadang-kadang mereka tidak mahu menghebahkannya kepada seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, bintang popular Bollywood iaitu Shah Rukh Khan telah menerima kritikan bertubi-tubi daripada rakyat India kerana dituduh hanya memandang sepi dalam usaha untuk membendungi pandemik COVID-19 ini.

Advertisement

shah rukh khan derma untuk covid-19

Disebabkan tidak mampu menahan tohmahan netizen, Shah Rukh Khan telah mengemukakan bukti bahawa dia secara senyap telah menyertai misi bantuan dalam memerangi virus ini daripada terus berleluasa di negara tersebut.

Selebriti berusia 55 tahun itu bukan sahaja menyumbangkan bantuan kepada golongan yang terjejas di beberapa negeri sekitar India. Bahkan beliau juga dikhabarkan telah mentransformasi pejabatnya kepada pusat kuarantin untuk pesakit COVID-19.

Lebih mengharukan, Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri Khan menawarkan bangunan pejabat milik mereka setinggi 4 tingkat itu sebagai tempat kuarantin tanpa mengenakan sebarang caj langsung.

shah rukh khan derma untuk covid-19

Sumbangan ikhlasnya itu nyata disambut baik oleh pemerintah Kota Mumbai selain mengucapkan terima kasih tidak terhingga kerana tindakan mulianya itu.

Kami berterima kasih kepada SRK dan Gauri Khan kerana menawarkan bangunan pejabat mereka bagi ruang untuk kuarantin.

Ini boleh digunakan untuk pelbagai keperluan termasuklah pesakit kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dimiliki olehnya iaitu Meer Foundation difahamkan akan bekerjasama dengan kerajaan Bengal Barat dan Maharashtra untuk menyalurkan 50,000 Alatan Perlindungan Peribadi (PPE) kepada kakitangan perubatan yang menguruskan wabak ini. Malahan, pelakon ini turut berkolaborasi dengan “Ek Saath – The Earth” untuk menyediakan makanan kepada 5,500 keluarga selama sebulan bertempat di Mumbai.

Rata-rata netizen membanjiri selebriti veteran itu dengan pujian kerana tidak lupa untuk berbakti kepada rakyat meskipun dia sibuk dengan jadualnya sendiri. Mereka juga berharap agar selebriti lain akan mengikut jejak langkah Shah Rukh Khan dalam memerangi COVID-19.

Pastinya sumbangan ikhlas SRK ini dapat meringankan beban golongan yang terjejas.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...