Penyanyi dan juga penyampai radio, Dina Nadzir mengakui bahawa ada sesetengah orang pernah mengkritik dan juga memandang rendah terhadap dirinya.
Ujar Dina, ada yang memberi tanggapan negatif pada awal kemunculannya dalam bidang hiburan.
View this post on Instagram
Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd Nadzir berkata, perkara tersebut berbangkit kerana bentuk fizikal tubuh badannya yang kurang menarik.
Orang cakap saya tak boleh pergi jauh sebabkan fizikal saya tapi saya mahu buktikan saya boleh. Astro buka peluang untuk saya bekerja di radio, siapa sangka saya suka. Saya juga mahu dikenali sebagai seseorang yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua tugas. Kalau saya jatuh keluarga akan memberi semangat untuk saya bangkit semula.
Meskipun kerjayanya bermula sebagai seorang penyanyi, Dina juga tidak menyangka bahawa rezekinya lebih ke arah bidang pengacaraan sebagai penyampai radio.
View this post on Instagram
Sekadar info, Dina memulakan karier seni setekah menyertai program realiti nyanyian Malaysia Idol musim pertama sekitar tahun 2004 yang lalu.
Dia kemudian mengembangkan bakat sebagai penyampai radio Era FM pada tahun 2012 sebelum ditugaskan ke stesen radio Sinar FM pada awal tahun lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.