Buat anda yang tidak tahu, selebriti kesayangan ramai iaitu Nur Fazura kini telah pun bergelar penyanyi. Pelakon Gol & Gincu ini telah mempunyai ‘single’nya sendiri yang berjudul Sayangi Dirimu. Boleh tahan juga lagu ini. Sesuai dengan nada suara Fazura yang tidak terlalu tinggi. Bila dengar 2,3 kali memang boleh masuk. Catchy. Secara jujur, Abang Nara terkejut juga melihat Fazura mampu menyanyi sebaik ini. Satu percubaan yang amat bagus.
Namun seperti biasa apabila seseorang mencuba sesuatu yang baru, pasti akan ada suara-suara yang kurang enak didengari. Nur Fazura telah dikritik dan kebolehan dirinya menyanyi telah dipertikai. Ada yang kata suara tak sedap, pitching tak betul dan sebagainya. Namun bagi Fazura, kritikan tersebut tidak dipedulikan olehnya. Kata Fazura:-
Terpulang, jika itu pendapat mereka dan orang boleh kata apa sahaja. Saya tidak mahu lagi peduli tentang apa orang kata kerana paling penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan hanya mahu memandang positif seperti mana mesej dalam Sayangi Dirimu.
Sejak kecil lagi saya memasang impian untuk bergelar penyanyi tetapi rezeki terlebih dahulu dalam bidang lakonan. Bagaimanapun syukur akhirnya impian itu menjadi kenyataan biarpun mengambil masa untuk muncul dengan single pertama tetapi saya anggap ia ketentuan daripada-Nya
Bagi Abang Nara, bukannya semua penyanyi mempunyai vokal sehebat Dayang Nurfaizah, Siti Nurhaliza atau Alyah. Boring jugak kalau semua vokal tinggi je kan? Sekali sekala kenalah ada kelainan sikit. Kalau penyanyi Hollywood nyanyi guna bantuan mesin tak ada pula nak kritik habis-habisan. Tak gitu? Untuk makluman, single Fazura ini turut mempunyai video klip. Smart juga video klipnya. Tonton di bawah.