Semua sedia maklum bahawa pelakon Sharnaaz Ahmad sudah pun memiliki teman wanita yang juga pelakon baru yang dikenali sebagai Amelia Christie.
Aktor itu turut ‘memperkenalkan’ kekasih barunya itu kepada umum ketika tayangan premier filem Polis Evo 3 di TGV KLCC, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
View this post on Instagram
Namun, dalam banyak-banyak pujian yang diberikan peminat, ada juga yang ‘bitter’ dan tidak puas hati dengan wanita yang menjadi pilihan Sharnaaz.
Seperti satu ciapan yang dibuat oleh seorang individu ini, dia mendakwa Sharnaaz telah ‘downgrade’ diri apabila memilih teman wanita yang baru sahaja memulakan kariernya.
Sharnaaz adalah definisi sebenar downgrading. Dari wanita Christian Dior kepada wanita muda yang baru sahaja nak memulakan kariernya.
Sharnaaz kemudian dilihat membalas ciapan individu tersebut dengan memberikan kata-kata yang cukup ringkas tetapi ‘padu’.
Awak adalah definisi sebenar ‘kendur’.
Sekadar info, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada selebriti Neelofa, iaitu Noor Nabila pada 31 Mac 2017.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden dan mereka berdua bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 yang lalu.