Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial apabila pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya dilihat menghadiri undangan sambutan Krismas rakan mereka. Kata netizen, tindakan tersebut sepertinya terpesong daripada akidah.
Tidak mendiamkan diri, Awal tampil dan menjelaskan perkara sebenar mengenai foto tersebut. Katanya ia bagi menghormati jemputan tuan rumah
“Jawapannya mudah. Lara bersekolah di sekolah antarabangsa dan ramai kenalannya bukan beragama Islam. Mereka menyambut Hari Krismas. Sebagai rakan, apabila ada sambutan mesti kita akan dijemput dan kita juga ingin menziarah. Tuan rumah kasi dress code, kita ikut untuk menghormati permintaan mereka.”
Advertisement
Awal turut memberikan contoh situasi perayaan Hari Raya Aidilfitri, sama yang serupa berlaku sekiranya kenalan lain datang menziarah rakan beragama Islam. Pastinya mereka akan hadir sambil menggayakan baju Melayu, baju kebaya dan juga jubah.
“Mereka juga akan menjamu selera makan ketupat rendang yang mak kita masak sampai tak tidur makan tu. Dan orang Kristian pun menghormati agama kita. Mereka selalunya membeli makanan di restoran yang halal jadi kita rasa selesa. Mereka tak minum pun depan kita sebab hormat.”
Apabila bergambar, mereka yang bukan beragama Islam mesti akan mencari latar belakang yang cantik sepertinya di dinding yang digantung kad raya dan ketupat plastik.
“Mereka post di Instagram untuk ucap dan cakap terima kasih sebab jemput mereka. Bila mereka pulang, mereka masih lagi dalam agama asal mereka; Buddha, Hindu atau Kristian. Mereka tak automatik jadi Islam.”
Begitulah penjelasan Awal dan diharap agar semuanya memahami. Malaysia kan sebuah negara muhibbah!

QIdeng
January 3, 2021 at 2:55 pm
Respect jawapan Awal. Everyone shared the happiness and celebration. Kita pakai baju topi or costume org kah x bermaksud kamu sambut kah or nk terus tukar agama kah. Sama jak dgn hari raya dan perayaan kaum india dan cina kenapa org x bising2 pun bila kita pakai baju mrk. Sampai nk nikah pakai bj india segala pakai gaun putih kenapa x bising2 pun. Please stop being so typical sgt. We are Malaysian. Your agama is your heart bukan dijudge dgn pakaian. Fikir logik la xkan nk pakai serban bertelekung ke rumah org ms xmas. Surely org empunya rumah ingat nk berdakwah ka pa. kenapa Malaysia ni hy ada perayaan Raya jak ker? bangsa Malaysia ni Melayu saja ker?artis pun ada life mereka gak sama mcm kita2 yg tulis komen ni juga
Anonymousjugak
December 30, 2020 at 3:33 am
Entahlah msian ni…yg besar mvm kes rogol chill takde PU nak comment banyak2…