Persembahan penyanyi Stacy Anam pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH 32) Ahad lalu mendapat perhatian ramai. Betapa lincahnya dia menari di atas pentas.
Namun, pakaian Stacy dilabel terlampau seksi seakan berbogel kerana memakai baju ‘body suit’ dengan inner warna kulit.
Penampilan Stacy itu menerima pelbagai kritikan dan kejian daripada netizen yang menganggap ia fesyen memalukan dan tidak senonoh.
Lebih baik tidak payah berbaju
Stacy kesal dilabel wanita akhir
zaman, tampil beri penjelasan
Menjawab kritikan pedas netizen terhadap penampilannya, Stacy menjelaskan apa yang berlaku tidak disengajakan. Kesal dengan sikap netizen yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain. Pernah terfikir untuk ingin berhenti menjadi penghibur, meninggalkan dunia seni disebabkan hal seperti ini.
Bukan mudah untuk menjadi penghibur, apa sahaja yang dilakukan pasti akan mendapat perhatian dan kritikan ramai. Mungkin selepas ini Stacy perlu lebih berhati-hati bila memilih busana untuk digayakan agar tidak timbul sebarang isu.