Beberapa hari lalu, trendi di Twitter salah seorang peserta realiti Big Stage, Sarah Suhairi yang menyanyikan sebuah lagu Korea dari kumpulan Blackpink. Ramai yang memuji persembahan beliau termasuklah juri profesional program berkenaan iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.
Namun, pendapat Siti Nurhaliza itu dipertikaikan oleh seorang penyanyi lain dan mencetuskan sedikit perbalahan antara peminat mereka.
Terbaru, Rozi Abdul Razak ataupun lebih dikenali sebagai Rozi Sang Dewi iaitu pembantu peribadi kepada Siti Nurhaliza berkata, pihak mereka tidak mahu terus melatah dengan setiap komen yang dilemparkan dan bertindak untuk berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu yang timbul.
Kenyataan dari Rozi itu dipercayai berkait dengan komentar seorang penyanyi lain yang mendakwa komen Siti Nurhaliza mengenai penjurian di Big Stage sebagai ‘no brainer’.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Rata-rata netizen juga sebenarnya tidak berpuas hati dengan tindakan penyanyi itu yang tidak menghormati Siti Nurhaliza sebagai seorang yang lebih senior selain bergelar seorang penyanyi yang berpengalaman, berbakat besar dan sudah terlebih dahulu mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Kami respek dengan pihak Siti Nurhaliza yang begitu matang menghadapi isu yang sangat hangat diperkatakan sekarang. Biarlah apa sahaja kritikan yang diterima, penyanyi nombor satu Malaysia ini tidak pernah gentar dan hanya membalas dengan senyuman. Mungkin itu rahsia beliau masih kekal relevan dan diminati ramai sehingga hari ini meskipun penyanyi baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.