Melayari bahtera rumah tangga yang penuh dengan kebahagiaan, Datin Paduka Eina Azman begitu terbuka berkongsi kemesraan dan momen manja bersama suami tercinta, Datuk Paduka Kaiser di akaun Instagramnya.
Namun, baru-baru ini, foto Eina dipangku sambil suami mengucup dahinya menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen. Tidak perlu terlalu menunjuk rasa bahagianya itu.
Tidak hanya berdiam diri, beliau tampil membidas kritikan netizen. Buat Eina, tindakan beliau itu tidak harus dijadikan satu isu besar memandangkan akaun Instagram itu adalah miliknya dan beliau berhak untuk memuat naik apa sahaja.
Malah, foto tersebut adalah bersama suaminya yang sah dan bukannya beliau merampas suami orang lain. Kalau ada sesiapa yang tidak puas hati, boleh sahaja ‘unfollow’ akaun Instagramnya.
Sesetengah pengikutnya berpendapat mereka yang mengkritik itu sebenarnya cemburu melihat kemesraan, cinta serta kasih sayang Eina bersama suami.
Rasanya tidak salah pun untuk Eina merakam saat indah bersama suaminya, sudah halal, apa salahnya kan? Doakan sahaja mereka kekal bahagia sehingga ke jannah.