Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dikritik Menari Bersama Iqram Dinzly : Johan As’ari Jelaskan Perkara Sebenar

Baru-baru ini, video Johan As’ari menari bersama Iqram Dinzly menerusi Instagram Live mendapat pelbagai komen daripada netizen. Ada yang salah anggap dan mengatakan Johan sudah terikut-ikut dengan perangai pelik Iqram sehingga video tersebut tular di media sosial.

Advertisement

Tidak menyangka video tersebut mencetuskan salah faham, Johan menjelaskan beliau hanya mahu bertanya khabar Iqram dan sebenarnya membawa sahabatnya itu berjumpa dengan Datuk Ustaz Kazim Elias.

Rancangan saya pada awalnya untuk berjumpa Datuk Ustaz Kazim Elias di Ipoh, jadi dalam kesempatan itu saya singgah berjumpa dengan Iqram di rumahnya. Saya menari suka-suka sahaja untuk hiburkan Iqram dan saya sedar tentang rakaman secara langsung itu. Saya minta maaf dan tidak sangka pula orang salah tafsir sehingga menjadi tular.

Berbicara mengenai Iqram, Johan meminta agar masyarakat tidak lagi mmelemparkan kata-kata negatif dan memberikan ruang kepada Iqram yang dikatakan sedang menghadapi beberapa masalah peribadi.

Bagi saya dia okey sebenarnya, cuma perlu beri sedikit masa kerana ibunya yang masih dalam edah akibat kematian suami.

Johan boleh dijadikan contoh sebagai sahabat yang sanggup berada dalam keadaan susah dan senang. Meskipun ramai yang mengkritik dan mengecam kelakuan pelik Iqram, beliau tidak begitu dan terus bertanya khabar serta ingin membantu rakannya itu. Salute!

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. Anonymous

    January 3, 2018 at 1:23 pm

    Alaaa alaa mashyam iqram ni… seronok ke abang johan datang tu… gembira ye abang johan pun join menari sekali. Bushuk comei dah dia sekarang ni

  2. BEB

    January 3, 2018 at 12:56 pm

    SALUTE JOHAN..

  3. lgbtq

    January 3, 2018 at 11:54 am

    suka la ada jantan hensem menari ngan ko kan. tapi syukur keluar la almari jugak. eh keluar rumah

  4. Ati byk busuk

    January 3, 2018 at 11:18 am

    Elehh..ntah2 korang mnari ,mlalak kt umah pn cenggitu gak.ckp org!!!

  5. maya karen

    January 3, 2018 at 10:48 am

    kenapa la org suka viral iqram dinzly…kdg2 kita sebagai manusia suka buat giler2 gak kat rumah. menari giler2 sebab nk hibur kan hati je pun… bukan ade ape2.. bukannya giler..sja nk olls out gitu..cuma x expose la kt fb ke media sosial ke sebab aq bukan retiss haha.. cukup2 la nk menghakimi sesama manusia. Allah lebih mengetahui…
    #peace no war ..yooo. ;-)

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top