Dikritik Kerana Pasang Mural Di Siling Tandas, Hanis Zalikha Padam Komen Netizen

Hiburan

Dikritik Kerana Pasang Mural Di Siling Tandas, Hanis Zalikha Padam Komen Netizen

Mendedahkan dirinya kini semakin aktif menceburi bidang hiasan dalaman, pelakon Hanis Zalikha sehingga kini masih tidak putus-putus meraih perhatian netizen atas segala yang dilakukannya dari segi kerjaya mahupun tips penjagaan anak.

Mural Siling Tandas Dikritik, Hanis Zalikha Padam Komen Netizen

Advertisement

Terbaharu, Hanis tampil berkongsikan perkembangan terbaru mengenai reka dalaman rumah pelanggannya di laman Instagram miliknya.

Mural Siling Tandas Dikritik, Hanis Zalikha Padam Komen NetizenMural Siling Tandas Dikritik, Hanis Zalikha Padam Komen Netizen

Namun begitu, entri tersebut dikritik segelintir pihak yang meragui akan pemasangan mural di siling tandas rumah pelanggannya itu.

Rentetan itu, hasil tinjauan di laman Twitter mendapati, menurut seorang netizen, beliau khabarnya meninggalkan komen panjang mengenai kesan negatif pemasangan mural atau wallpaper di siling terutamanya di tandas kerana mampu memberi kesan kepada kesihatan manusia.

Mural Siling Tandas Dikritik, Hanis Zalikha Padam Komen Netizen

Katanya individu itu lagi, Hanis dilihat tidak mengkaji atau melakukan pemeriksaan seperti sistem pengudaraan, masalah mekanikal dan struktur terlebih dahulu.

Mural Siling Tandas Dikritik, Hanis Zalikha Padam Komen Netizen

Lebih perit, komen panjang lebar itu difahamkan telah dipadam oleh Hanis kerana mungkin tidak mahu mencetuskan perbalahan di ruangan komen posting terbabit.

Susulan itu, ramai dalam kalangan netizen mula menyuarakan pendapat masing-masing terhadap isu tersebut.

Mural Siling Tandas Dikritik, Hanis Zalikha Padam Komen Netizen

Namun begitu, berbalik ke Instagram Hanis, beliau tidak terlepas mendedahkan pelanggannya langsung tidak kisah pemasangan mural  diletakkan di siling tandas tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...