Mendedahkan dirinya kini semakin aktif menceburi bidang hiasan dalaman, pelakon Hanis Zalikha sehingga kini masih tidak putus-putus meraih perhatian netizen atas segala yang dilakukannya dari segi kerjaya mahupun tips penjagaan anak.
Terbaharu, Hanis tampil berkongsikan perkembangan terbaru mengenai reka dalaman rumah pelanggannya di laman Instagram miliknya.
Namun begitu, entri tersebut dikritik segelintir pihak yang meragui akan pemasangan mural di siling tandas rumah pelanggannya itu.
Rentetan itu, hasil tinjauan di laman Twitter mendapati, menurut seorang netizen, beliau khabarnya meninggalkan komen panjang mengenai kesan negatif pemasangan mural atau wallpaper di siling terutamanya di tandas kerana mampu memberi kesan kepada kesihatan manusia.
Katanya individu itu lagi, Hanis dilihat tidak mengkaji atau melakukan pemeriksaan seperti sistem pengudaraan, masalah mekanikal dan struktur terlebih dahulu.
Lebih perit, komen panjang lebar itu difahamkan telah dipadam oleh Hanis kerana mungkin tidak mahu mencetuskan perbalahan di ruangan komen posting terbabit.
Susulan itu, ramai dalam kalangan netizen mula menyuarakan pendapat masing-masing terhadap isu tersebut.
Namun begitu, berbalik ke Instagram Hanis, beliau tidak terlepas mendedahkan pelanggannya langsung tidak kisah pemasangan mural diletakkan di siling tandas tersebut.

tecit
November 26, 2020 at 10:18 am
boleh je sbnrnye depa ni klu nk tegur. tp dm laa. seeloknye. klu dah dm die xlyn barula buat terang2. atau dm je client die tuuu.
Anonymous
November 25, 2020 at 7:47 am
Attention seekers ..tiada ilmu nak memandai2….kesian client dpt ID yg takda ilmu dn acah2 pandai.