Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dikritik Kerana Kulit Kembali Gelap : Ini Penjelasan Siti Sarah

Umum mengetahui penampilan penyanyi Siti Sarah cukup berbeza sekarang, namun kini ramai yang meragui kecerahan kulitnya gara-gara sebuah foto yang dimuat naik oleh Shuib ketika memberikan hadiah kereta buat ibunya dimana kulit Sarah kelihatan agak gelap didalam foto tersebut.

Advertisement

Sedih dengan segala komen negatif yang dilemparkan oleh netizen termasuk menuduh beliau edit gambar terlalu kerap di Instagram, Siti Sarah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Assalamualaikum semua secara jujurnya saya betul-betul  tidak menyangka gambar hadiah birthday ibu Shuib ni menjadi perhatian ramai.. ramai yang kutuk Sarah , katanya sebenarnya Sarah hitam tapi edit gambar.. ye saya mengaku saya selalu ambil gambar di tempat-tempat yang bercahaya terang,mana ada orang nak ambil gambar bertentangan dengan cahaya.. itu yang nampak burn.

Secara jujur nya saya rasa sangat sedih bukan sebab orang kata saya .. tapi mungkin ramai yang tak tahu Shuib BUTA WARNA . die tak tau pon WARNA apa yang die post di ig die.. banyak warna yang die tak nampak.. padahal kami pakai handphone jenama yang sama.. lagi pun mak Shuib tu putih melepak tu pun nampak macam sun burn.

Secara jujurnya saya memng tak putih macam ORANG PUTIH, tapi kalau nak di bandingkan dengan saya yang dulu memang saya lebih cerah sekarang .. sebab saya memang ambil produk …saya pakai LOTION, SABUN dan PIL untuk kulit lebih cerah.

Walaupun kami tidak faham apa kaitan Shuib buta warna dengan isu Sarah berkulit gelap, tapi agak tidak elok juga untuk kita mengutuk ataupun mengkritik rupa paras seseorang. Biasalah, ketika ambil gambar kadang-kadang kurang cahaya dan sebagainya, itu perkara biasa yang berlaku bukan? Jadi janganlah terus mengecam Sarah.

Sumber Berita : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

28 Comments

  1. The truth

    January 2, 2018 at 10:03 pm

    kenapa eh orang melayu kita ni sibuk nak putih? putih je cantik? manusia ni macam2 colour, patutnya yang dikejar adalah kesihatan dan juga kesihatan kulit bukan keputihan kulit. sayang seribu kali sayang…. bengap tetap juga bengap. tolong lah wahai orang2 melayu yang berkulit sawo matang, kuning langsat, putih bedak, apa2 je lah warna kulit korang, embrace your beauty. stop with the brainwashed mind. we are all beautiful in our own way. takyah kut nak hadam whitening itu whitening ini…. shallow sungguh pemikiran.

  2. Vanida

    January 2, 2018 at 8:40 pm

    ala… Ayda Jebat tu letak gambar putih melepak sedangkan dalam TV hitam cam keling, korang tak bising pon.

  3. suci

    January 2, 2018 at 5:04 pm

    rasanya aku faham maksud siti sarah. Dia luahkan prasaan sbg isteri bukan sbg artis yg hadap cacian. Sbb dia sedih shuib hadiahkan keta kat mak, tp Buta warna. Mesti touching bila kat kedai keta tu. Psl netizen nk mengutuk hitam tu..dia xambik port. Prasaan as a wife lg penting

  4. rara

    January 2, 2018 at 4:06 pm

    Pengajaran. Jgn obses sgt nk nampak cantik di socmed. We know how bad/plain we look like any other times. Letih oo..nk maintain cantik je

  5. Anonymous

    January 2, 2018 at 3:01 pm

    Sarah patut grow up. Dewasa. Anak dah ramai. Obsess sangat nak cantik. Sepatutnya bersyukur dengan kurniaan Allah. Ini makin cantik makin baju melekap.. peminat dia pun bersungguh memuji cantiknya. Sebenarnya the ones yg ikhlas sayang akan be honest. Kalau x betul, akan tegur bukan depan support belakang ngata.

Loading...
To Top