January 2nd, 2018

Umum mengetahui penampilan penyanyi Siti Sarah cukup berbeza sekarang, namun kini ramai yang meragui kecerahan kulitnya gara-gara sebuah foto yang dimuat naik oleh Shuib ketika memberikan hadiah kereta buat ibunya dimana kulit Sarah kelihatan agak gelap didalam foto tersebut.

Sedih dengan segala komen negatif yang dilemparkan oleh netizen termasuk menuduh beliau edit gambar terlalu kerap di Instagram, Siti Sarah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Assalamualaikum semua secara jujurnya saya betul-betul  tidak menyangka gambar hadiah birthday ibu Shuib ni menjadi perhatian ramai.. ramai yang kutuk Sarah , katanya sebenarnya Sarah hitam tapi edit gambar.. ye saya mengaku saya selalu ambil gambar di tempat-tempat yang bercahaya terang,mana ada orang nak ambil gambar bertentangan dengan cahaya.. itu yang nampak burn.

Secara jujur nya saya rasa sangat sedih bukan sebab orang kata saya .. tapi mungkin ramai yang tak tahu Shuib BUTA WARNA . die tak tau pon WARNA apa yang die post di ig die.. banyak warna yang die tak nampak.. padahal kami pakai handphone jenama yang sama.. lagi pun mak Shuib tu putih melepak tu pun nampak macam sun burn.

Secara jujurnya saya memng tak putih macam ORANG PUTIH, tapi kalau nak di bandingkan dengan saya yang dulu memang saya lebih cerah sekarang .. sebab saya memang ambil produk …saya pakai LOTION, SABUN dan PIL untuk kulit lebih cerah.

Walaupun kami tidak faham apa kaitan Shuib buta warna dengan isu Sarah berkulit gelap, tapi agak tidak elok juga untuk kita mengutuk ataupun mengkritik rupa paras seseorang. Biasalah, ketika ambil gambar kadang-kadang kurang cahaya dan sebagainya, itu perkara biasa yang berlaku bukan? Jadi janganlah terus mengecam Sarah.

Sumber Berita : Media Hiburan


28 responses to “Dikritik Kerana Kulit Kembali Gelap : Ini Penjelasan Siti Sarah”

  1. Anonymous says:

    Sarah sakit sebelum nie . Sebab amik ubat yg x diluluskan KKM

  2. naz77 says:

    soal putih hitam ni aku xsuka nk komen pasal ni semua pemebrian tuhan.. sapa kita nk kutuk,,,

  3. annone says:

    Bukti cantik – klu tanpa mekap kita bangun tido cantik, lepas beranak cantik,, anak pun cantik. Klu x , mmg x cantik asli. Palesu semua tu

Loading...