Dikritik Caj Yuran Kelas Agama Terlalu Mahal, PU Riz Dan Neelofa Bersuara – “Nak Angkat Industri Ceramah Lebih Tinggi”

Hiburan

Dikritik Caj Yuran Kelas Agama Terlalu Mahal, PU Riz Dan Neelofa Bersuara – “Nak Angkat Industri Ceramah Lebih Tinggi”

Pasangan selebriti, Neelofa dan PU Riz, akhirnya tampil menjelaskan dakwaan segelintir pihak yang mempertikaikan harga kelas agama anjuran mereka yang mencecah RM850.

Bercakap kepada OhBulan!, Neelofa menegaskan bahawa bayaran tersebut adalah setimpal dengan fasiliti serta pengalaman premium yang diterima para peserta.

Advertisement

Menurutnya, mereka yang pernah hadir sendiri mengetahui nilai yang ditawarkan.

Mereka yang pernah hadir tahu nilai yang mereka dapat termasuk lokasi di hotel lima bintang, makanan mewah, banyak goodies bag dan konten serta ilmu yang mereka dapat.

Neelofa juga memaklumkan bahawa tiada seorang pun peserta sebelum ini merungut atau mendakwa sesi tersebut tidak berbaloi.

Kami memberi lebih daripada pengalaman kepada mereka yang hadir, beri impak emosi. Bukan sekadar datang kemudian balik.

Pasangan itu ditemui pada sidang media program Mualim Muda di Petaling Jaya.

Sementara itu, PU Riz menjelaskan pendekatan mereka bertujuan menaikkan profesionalisme dan standard majlis ilmu dalam era moden.

Ilmu yang disampaikan boleh juga dapat di luar sana cuma mungkin pendekatan yang digunakan berbeza. Kami cuba angkat industri ceramah ini ke tahap lebih tinggi.

Beliau menegaskan kelas mereka tiada paksaan, dan orang ramai bebas menilai sendiri sama ada bayaran tersebut berbaloi.

Selain pengisian agama, program berkenaan turut disertai rakan selebriti secara eksklusif untuk berkongsi pengalaman dengan para tetamu.

Jika ada yang rasa sesuai untuk bayar bagi satu sesi yang baik, mengapa tidak.

PU Riz juga tidak menolak untuk menganjurkan sesi dengan harga lebih mampu milik pada masa hadapan agar dapat diikuti lebih ramai lapisan masyarakat.

Isu bayaran kelas tersebut mula tular selepas beberapa pihak menyifatkan harga RM850 sebagai terlalu tinggi untuk sebuah program keagamaan. Namun, peserta yang hadir sebelum ini dikatakan berpuas hati dengan pakej serta pengisian yang diterima.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rita Rudaini
2025-12-11 09:57:24

“Andai Kejujuran Ini Membuat Anda Kurang Senang, Saya Terima" - Rita Rudaini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...